Kisah Hidup Stephenie Meyer - Penulis Novel Twilight

Friday, November 13, 2009

Pada malam 2 Jun 2003, seorang suri rumah dari Phoenix, Amerika Syarikat (AS), bermimpi seorang remaja wanita berdiri sambil berbual dengan seorang lelaki kacak di sebuah padang rumput di bawah terik matahari.

Kulit lelaki itu berkilat dan memancar seperti permata di bawah sinaran mentari. Lelaki itu sebenarnya puntianak dan yang pasti, mereka hangat dilamun cinta. Sang lelaki berulang kali memberitahu si kekasih hati sukar untuknya menge lakkan godaan membunuh dan menghisap darah wanita itu.

Mimpi aneh itu akhirnya mengubah hidup Stephenie Meyer, suri rumah yang hidupnya hanya berlingkar di sekitar rumah bersama suami, Christian dan tiga anak lelaki yang masih kecil - Gabe, Seth dan Eli.

Siangnya dipenuhi aktiviti bersama keluarga sementara di sebelah malam, selepas suami dan anaknya tidur, Stephenie menghabiskan masa berjam-jam menulis serta mengolah kisah cinta antara manusia dan puntianak.





Dia tidak pernah menulis puisi atau cerpen sebelum ini. Baginya, perkara paling kreatif pernah dilakukan sebelum itu ialah mengumpul foto keluarga untuk koleksi peribadi dan sesekali menjahit pakaian beragam Halloween untuk anak-anaknya.

Bidang kesusasteraan bukanlah minatnya dan Stephenie pernah menimbang untuk melanjutkan pelajaran ke uni versiti dalam jurusan undang-undang. Fikirannya berubah selepas melahirkan anak pertama, Gabe.

“Sejak melahirkan Gabe, saya hanya mahu menjadi ibunya dan tiada perkara lain yang saya percaya dapat lakukan dengan baik kecuali menjadi ibunya,” katanya.

Namun, mimpi itu terlalu nyata dan tidak mampu dilupakan hingga dia berasakan perlu menulisnya. Selama beberapa malam tidurnya diganggu dengan susulan mimpi itu lalu segera diterjemahkannya ke atas kertas.

“Walaupun banyak urusan lain yang perlu saya lakukan, saya tidak berganjak dari katil dan asyik memikirkan mimpi itu. Saya paksa diri untuk bangun dan selesaikan urusan di rumah. Selepas semuanya selesai, pada sebelah malam, saya terus ke komputer dan menulis beberapa nota kecil di kertas. Saya hairan mengapa saya terlalu memikirkannya,” katanya.

Dalam tempoh tiga bulan, mimpinya itu menyaksikan transformasi dramatik hingga lengkap menjadi sebuah novel cinta yang kini diraikan seluruh dunia - Twilight.

Stephenie bagaimanapun berdepan kritikan dan penolakan daripada beberapa syarikat penerbitan yang meragui hasil kerjanya. Daripada 15 surat dan manuskrip yang dihantarnya, lima tidak dibalas, sembilan menolak dan akhirnya dia menerima khabar positif daripada Jodi Reamer daripada syarikat Writers House.

Lapan penerbit kemudian berebut mendapatkan hak untuk mencetak Twilight hingga terpaksa diadakan acara lelong pada 2003. Syarikat penerbitan mula memberi perhatian kepadanya dan pada hujung November tahun yang sama, Stephenie menandatangani kontrak bernilai AS$750,000 (RM2.5 juta) untuk tiga novel bersama Little, Brown and Company.

“Asalnya saya cuma harapkan AS$10,000 (RM33,870) untuk langsaikan hutang kereta dan membantu suami,” katanya.

Twilight sudah menjangkaui usia lebih enam tahun dan suri rumah berusia 35 tahun itu kini antara penulis yang meraih jualan buku tertinggi dalam senarai New York Times. No velnya dipasarkan ke 37 negara dan Stephenie mula dilabel sebagai pengganti JK Rowling, penulis siri kanak-kanak popular dunia, Harry Potter.

Kala novel ketiga dalam saga Twilight, Eclipse, muncul di pasaran pada musim panas 2007, ia berjaya mengetepikan siri Harry Potter and the Deathly Hallows, yang turut dipasarkan pada masa sama dengan kedudukan pertama dari segi jualan keseluruhan.

Dengan empat novel nukilannya dalam saga puntianak itu - Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn - Stephenie kini meraih pendapatan melebihi AS$50 juta (RM169.3 juta) dalam tempoh 12 bulan lalu dengan jualan melebihi 70 juta naskhah.

“Saya tidak menganggap diri sebagai penulis. Saya lebih berasakan seperti seseorang yang suka bercerita.

“Ayat saya tidak selalunya sempurna. Saya masih baru dalam bidang ini dan banyak yang perlu dipelajari,” katanya.

Berbanding pencapaian luar biasanya, Stephenie sebenarnya menjalani kehidupan normal. Dia dilahirkan di Connecticut kepada pasangan Stephen dan Candy Morgan. Dia dibesarkan di Phoenix bersama lima beradik iaitu Seth, Emily, Jacob, Paul dan Heidi.

Ketika menuntut di Universiti Brigham Young, Stephenie bertemu suaminya dan mereka berkahwin ketika usianya 21 tahun. Sejak itu, mereka menetap di Cave Creek, di luar Phoenix sebelum berpindah ke Arizona. Suaminya kini berhenti kerja sebagai akauntan dan lebih selesa membantu isterinya menguruskan anak.

Lewat Ogos lalu, akhbar USA Today melaporkan bekas penyambut tetamu di sebuah syarikat hartanah itu berjaya mengatasi rekod jualan terbaik yang sebelum itu dikuasai JK Rowling.

Semua novelnya dalam saga Twilight itu berada di ke dudukan teratas di AS selama 52 minggu dan 102 minggu dalam senarai jualan terbaik New York Times.

Sambutan luar biasa itu nyata menarik minat beberapa syarikat produksi filem hingga Summit Entertainment ak hirnya berjaya mendapatkan hak cipta Twilight yang se terusnya filem berdasarkan novel itu ditayangkan di seluruh dunia, 21 November tahun lalu.

Pengarah filem indie, Catherine Hardwicke diberi ke percayaan mengemudi filem itu yang menampilkan bintang muda, Kristen Stewart sebagai Bella Swan dan watak pun tianak kacak, Edward Cullen, itu dibawa pelakon indie Britain, Robert Pattinson.

Stephenie diberi peluang mencorakkan jalan cerita filem itu bersama penulis lakon layar, Melissa Rosenberg. Malah dia diberi peluang tampil selaku cameo dalam satu babak di restoran.

Sama seperti novel, filem itu mencipta fenomena baru di AS hingga merebak ke seluruh dunia. Pattinson mula meraih populariti luar biasa hinggakan syarikat produksi Revolver Entertainment menerbitkan dokumentari bertajuk Rob sessed, menceritakan kehidupan pelakon berusia 23 tahun itu yang dipasarkan dalam bentuk cakera video digital (DVD) pada 10 November lalu.

Novel kedua Stephenie, New Moon, turut diolah ke layar perak. Diarahkan Chris Weitz, New Moon dijadualkan ke panggung pada 20 November ini.

Susunan Nor Faizah Mohamed

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI