Penyanyi 'country', Taylor Swift mengatasi Michael Jackson apabila menang anugerah terbanyak dalam majlis American Music Awards dengan memenangi lima trofi termasuk artis terbaik 2008.
Jackson yang dijangka menyapu bersih anugerah, meraih empat kemenangan. Beliau dan Swift bersaing dalam merebut anugerah artis terbaik, kategori terakhir yang diumumkan dalam majlis terbabit.
Pemenang lain termasuk artis hip-hop, Jay-Z dan kumpulan Black Eyed Peas yang masing-masing meraih dua anugerah.
Swift, 19, juga dinamakan sebagai artis wanita pilihan dalam kategori pop/rock dan country serta artis kontemporari dewasa pilihan. Album beliau Fearless diterbitkan tahun lalu yang menjadi jualan paling laris di Amerika Syarikat tahun ini dinamakan sebagai album 'country' pilihan.
Beliau menerima anugerah yang disiarkan secara langsung itu melalui belakang pentas di Wembley Arena, London, lokasi persembahan konsert keesokan harinya.
"Muzik tidak sekadar hanya pertandingan," kata Swift selepas memenangi hadiah artis sepanjang tahun. Beliau berkata, ia satu penghormatan yang tidak dibayangkan apabila tersenarai dalam kategori yang sama dengan Jackson dan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga Jackson.
Taylor Swift
Jackson dinamakan sebagai artis lelaki pilihan dalam kategori pop/rock dan soul/R&B manakala koleksi hit beliau 2003, Number Ones dinamakan album pilihan bagi kedua-dua kategori.
Abang penyanyi terbabit, Jermaine, diiringi isterinya dan anak lelaki mereka, Jeremy, Jaafar dan Jermajesty menerima hadiah terbabit bagi pihak beliau. - Reuters
Taylor Swift atasi Michael Jackson - American Music Awards
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Taylor Swift atasi Michael Jackson - American Music Awards
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment