Bienda Nikah September

Friday, August 06, 2010

Penyanyi yang popular dengan lagu Penantian, Bienda akan melangsungkan pernikahannya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.



Bagaimanapun, Bienda enggan mengumumkan tarikh majlis pernikahannya itu memandangkan ia hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat serta teman rapatnya sahaja.

“Saya akan bernikah di kampung saya di Kota Bahru, Kelantan. Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan tertutup,” ujar pemilik nama Nor Razlinda Razli, 25, ketika dihubungi di sini hari ini

Bienda dan bakal suaminya yang mahu dikenali sebagai Mr. K, merupakan seorang penerbit di sebuah stesen televisyen swasta.

Mereka telah menjalin hubungan cinta sejak tiga tahun lalu.

Menurut Bienda, pihak media dan rakan-rakan artis akan dijemput menghadiri majlis resepsinya yang dijadualkan diadakan pada 1 Oktober ini di Kuala Lumpur.

Katanya, pada majlis itu, 1,000 tetamu akan dijemput untuk memeriahkan majlis itu yang turut diserikan dengan persembahan oleh rakan-rakan artis.

Tambah Bienda, dia merancang untuk mengadakan majlis persandingan yang berkonsepkan Arab dan Bollywood di samping suntikan elemen kontemporari moden.

“Busana pengantin ditaja oleh Butik Udaimatunnur. Saya turut mengenakan persalinan yang direka oleh Arma Abdul Rahman,” katanya.

Sementara itu, majlis persandingan turut diadakan di rumah keluarga bakal suaminya di Bandar Melaka pada 17 Oktober.

Bienda bagaimanapun enggan berkongsi cerita jumlah wang hantaran yang bakal diterimanya.

“Cukuplah saya beritahu, wang itu akan digunakan membeli sebuah rumah untuk kami hidup bersama,” tambah Bienda yang juga anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI