Bantuan keperluan bekalan harian serta pakaian raya Misi Kemanusiaan Ke Gaza Kelab Putera 1Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia mendapat sambutan hangat di Khan Younis.
Seramai 300 ketua keluarga, termasuk ibu tunggal, di sekitar kawasan itu menerima bantuan kemanusiaan itu di Al-Amal City Center of Ability Development pada satu majlis yang diadakan sejak jam 10.45 pagi Ahad (waktu tempatan).
Bagaimanapun, keadaan yang berjalan lancar terganggu apabila sekumpulan individu yang tidak mendaftar dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) yang berada di luar kawasan bantuan datang untuk mendapatkan sumbangan itu.
Selain itu, ketika penyampaian pakaian raya kepada 500 kanak-kanak Palestin, ibu bapa berasak-asak untuk memastikan anak mereka mendapat sepasang baju Melayu atau baju kurung.
Keadaan itu menyebabkan beberapa sukarelawan Malaysia, termasuk penyanyi Fauziah Latiff, yang bertugas mengatur kanak-kanak yang masuk ke tempat bantuan diedarkan, terpaksa meninggikan suara meminta supaya ibu bapa bertenang dan bersabar.
Sementara itu, pada masa sama, sekumpulan sukarelawan Malaysia diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim melawat dan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak kurang upaya dan trauma di Hospital Khan Younis. – BERNAMA
Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti
Kelab Putera 1Malaysia hulur sumbangan raya di Gaza
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Kelab Putera 1Malaysia hulur sumbangan raya di Gaza
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment