Malam sememangnya waktu yang tepat untuk mengurangkan garis tua pada wajah.
"Perubahan hormon meningkatkan aliran darah ke kulit, sekali gus mencerahkannya pada waktu malam," kata Profesor Dermatologi Sekolah Kejururawatan Vanderbilt, Melvin Elson.
Menurutnya, suhu kulit adalah lebih tinggi pada waktu malam, justeru, bahan melawan penuaan yang digunakan dapat diserap dengan lebih mendalam bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
"Meskipun pada waktu itu kita sedang berehat, kulit tetap bekerja keras. Kajian menunjukkan, pusing ganti sel adalah lapan kali lebih pantas pada waktu malam, sekali gus melembutkan kedutan," katanya.
Menurut doktor perubatan mengenai tidur, Jyotsna Sahni, tidur yang tidak mencukupi lapan jam setiap malam boleh meningkatkan tahap hormon tekanan yang mungkin melambatkan pengeluaran kolagen, sekali gus menggalakkan penghasilan kedutan.
"Untuk memaksimumkan tidur anda, usah lupa membersihkan muka sebelum tidur," katanya.
Solekan dan kotoran pada wajah harus dibersihkan. Ini membantu liang roma mengecil. Bahan rawatan antipenuaaan juga boleh menyerap ke dalam kulit jika kita mempunyai permukaan kulit yang bersih.
Untuk mereka yang mempunyai kulit kering, gunakan pembersih berkrim manakala kulit yang cenderung mempunyai jerawat atau kulit berminyak, gunakan pembersih daripada rumusan gel.
Jika kulit sensitif, tunggu sehingga 10 minit selepas membersihkan muka sebelum menggunakan bahan antipenuaan.
Antara rutin untuk mendapatkan kulit cantik ketika tidur:
# Gunakan bahan retinoid kerana ia salah satu bahan yang membantu untuk mendapatkan kulit cantik remaja. Bahan bervitamin A ini elok digunakan pada waktu malam misalnya krim atau losen yang mengandungi retinol.
# Gunakan krim yang mempunyai vitamin K di bahagian bawah mata.
Menerusi kajian pada 2003, wanita yang menggunakan krim bawah mata mengandungi vitamin K dan retinol setiap malam selama 12 minggu menunjukkan bahagian lingkaran gelap di bahagian mata mereka berkurangan sebanyak 33 peratus.
# Penghidratan pada waktu malam juga sangat diperlukan justeru, gunakan pelembap terutama krim yang mengandungi asid hyaluronic atau gliserin yang boleh menarik air ke dalam kulit.
# Berbaring menelentang juga membantu keadaan kulit manakala penggunaan bantal juga boleh membantu untuk mengelakkan mata bengkak.
Ini kerana, jika bahagian kepala kita berada pada aras lebih tinggi daripada jantung, cecair tidak akan terkumpul pada bahagian muka.
# Elak daripada mengambil bahan berkafein atau melakukan senaman selama tiga hingga lima jam sebelum waktu tidur, jika tidak, ia boleh menjejaskan tidur. Malah, menonton televisyen atau melayari Internet sebelum tidur juga boleh menyukarkan seseorang itu untuk mendapatkan tidur yang lena.
Layari : Zonfiniti
0 Komen:
Post a Comment