Sinopsis Johnny Bikin Filem

Friday, January 27, 2012 0 Komen

Sinopsis Johnny Bikin Filem
Johnny mula dianggap sebagai godfather bila ia terlibat menerbitkan filem secara bebas di Singapura dan ia berada di tengah-tengah kegiatan samseng yang diketuai oleh Towkeh Wong dan Towkeh Fong. Johnny merapati primadona bangsawan Siti Rafeah yang dibimbing oleh Pak Shariff Sutero.

Johnny beralih selera kepada Siti Kamaliah, adik kepada Siti Rafeah. Johnny bermuafakat dengan Towkeh Wong untuk melindungi nyawa Siti Kamaliah tapi Towkeh Wong menolak. Johnny mengugut nyawa Towkeh Wong. Mastar memperkecilkan keupayaan Johnny sebagai godfather dan mencabar Johnny.

Yusof Telo melindungi dan mengukuhkan kedudukan Johnny dalam dunia perfileman dan menghapuskan kuncu-kuncu Mastar. Yusof Telo turut melindungi kesemua perempuan simpanan Johnny. Ketika menandatangani kontrak dengan Towkeh Fong untuk Johnny menguasai sebahagian dunia perfileman di Singapura, Mastar membunuh Towkeh Fong. Mastar meluaskan kuasanya dengan menggangu kawasan-kawawsan di bawah kepentingan Johnny. Dalam kejadian tembak menembak Johnny turut cedera. Siti Rafeah tinggalkan filem dan menyanyi di Happy World Cabaret.

Siti Kamaliah berlakon di pentas bangsawan. Johnny bersemuka dengan Mastar berhubung dengan jajahan kuasa masing-masing di Singapura. Siti Rafeah mengahwini Pak Shariff Sutero tapi cemburu dan dendamnya terhadap Siti Kamaliah tidak pernah padam. Johnny dan Yusof Telo menemui Towkeh Wong mati dibunuh di godownnya. Johnny resah dan menyuruh isterinya terbang ke Brunei. Orang-orang Mastar terus menghambat Johnny di persembunyiannya di godown. Penggambaran filem terbitan Johnny diadakan di lokasi. Di lokasi ini Johnny ditembak mati oleh seorang sniper.

Sinopsis Johnny Bikin Filem

Jadual hari kelepasan am persekutuan 2012 (Cuti Umum Malaysia 2012)

Tuesday, January 24, 2012 0 Komen

Senarai cuti umum di Malaysia atau jadual hari kelepasan am persekutuan 2012 adalah seperti di bawah:

Cuti umum bagi semua negeri-negeri di Malaysia:

1/1/2012 –Tahun Baru 2012

23 & 24/1/2011 – Tahun baru Cina

5/2/2012 – Maulidur Rasul

7/2/2012 – Thaipusam

1/5/2012 – Hari Buruh

17/5/2012 – Hari Wesak

2/6/2012 – Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong

17/6/2012 – Israk Mikraj

21/7/2012 – Awal Ramadhan

6/8/2012 – Nuzul Al-Quran

19 & 20/8/2012 – Hari Raya Puasa (Aidulfitri)

31/8/2012 – Hari Merdeka

16/9/2012 – Hari Malaysia

26/10/2012 – Hari Raya Haji (AidulAdha)

11/11/2012 – Deepavali

15/11/2012 – Awal Muharam

25/12/2012 – Hari Krismas

Jadi senang le nak merancang aktiviti sepanjang tahun. Kenduri kahwin ke atau nak melancong ke mana-mana tempat, kan?

Namun begitu, ia tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.






Guru jadi bilionair sekelip mata

Friday, January 20, 2012 0 Komen

Siapa sangka, seorang guru sekolah tinggi di India yang mempunyai gaji kira-kira AS$700 (RM2,170) sebulan tiba-tiba jadi bilionair. Guru tersebut terkejut apabila pemeriksaan akaun banknya di Internet menunjukkan baki hampir $10 bilion (RM31 bilion).

Parijat Saha dari Balurghat di barat Bengal berkata, dia memeriksa akaun banknya di Internet Ahad lalu untuk mengesahkan pembayaran faedah 10,000 rupee (RM620).

“Sebaliknya, saya lihat jumlah yang cukup banyak,” katanya.

Akaunnya menunjukkan baki RM31 bilion.

Selepas tersedar daripada kejutan menjadi bilionair dalam sekelip mata, Saha, 42, berkata, dia segera menghubungi rakannya yang bekerja di bank memberitahu mengenai kesilapan besar itu.

Pihak bank berkata, mereka belum dapat menjelaskan bagaimana jumlah itu boleh berada dalam akaun Saha.

Wah cukup banyak jumlah yang tersilap tu. Macam mana boleh jadi demikian? Kecuaian bank atau sengaja orang masukkan dengan niat tertentu nak ambil balik.

Ummi Hafilda, Azwan Ali sudah berbaik semula

Thursday, January 19, 2012 0 Komen

Laporan polis yang dibuat Ummi Hafilda terhadap Azwan Ali (abang) tentang kes ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter bakal di tarik balik setelah mereka berdamai. Azwan Ali telah disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda.

"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya Ummi.

Azwan Ali dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Ummi Hafilda menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Akuan bersumpah yang dibaca Azwan di hadapan media antara lainnya menyebut, beliau tidak akan lagi menghina, mengeji dan mengaibkan peribadi yang mungkin membawa fitnah dasyat kepada Ummi.

"Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak... sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan. Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan," katanya.

Ummi Hafilda juga merayu kepada abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang demi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut merayu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar mengembalikan abangnya yang lama tidak pulang ke rumah ibu mereka, hampir lima bulan.

"Kalau Anwar dah hitam hatinya untuk balik ke pangkal jalan, jadi saya menyeru pada kak Wan, jangan kerana suami dia, banyak keluarga berpecah-belah, adik-beradik bergaduh kerana seorang manusia.

"Sebagai seorang isteri dan ibu Kak Wan tentu faham perasaan ibu kami. Apa kak Wan rasa bila anak tak balik rumah lima bulan kerana orang lain. Siapa Anwar? Dia bukan adik beradik kami. Jadi saya merayu, please Kak Wan. Tolonglah perbetulkan keadaan," katanya.

Moga perbalahan adik-beradik ini dapat ditamatkan dan keluarga Azwan Ali dan Ummi Hafilda kembali jernih semula.

Liga Super 2012: Jadual Perlawanan Liga Super 2012

Tuesday, January 17, 2012 0 Komen

Jadual Perlawanan Liga Super 2012
14 buah pasukan negeri dan kelab menyertai Liga Super 2012 iaitu Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, T-Team, Sabah, Sarawak, Felda United, Johor FC, Lion XII FC, PKNS dan Kuala Lumpur.

Jadual perlawanan Liga Super 2012 di bawah ini bagi rujukan bagi menyaksikan perlawanan Liga Super 2012.

Jadual Perlawanan Liga Super 2012

Jadual Perlawanan Liga Super 2012

Jadual Perlawanan Liga Super 2012

Jadual Perlawanan Liga Super 2012


Jadual Perlawanan Liga Super 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Friday, January 13, 2012 1 Komen

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) telah dilancar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meningkatkan taraf hidup rakyat . Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan rendah dan menggalakkan minat melabur di kalangan golongan berpendapatan rendah.

Melalui skim Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia), mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.

Kelayakan pemohon skim tersebut terdiri daripada isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, hasil kombinasi pendapatan antara suami dan isteri atau ibu bapa tunggal.

Sekiranya mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman. Jika meminjam, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman.

Sekiranya mereka tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun jumlah pendapatan keseluruhan para peserta skim terbabit boleh mencecah sebanyak RM13,000.Itu bagi mereka yang tidak membuat pinjaman, tetapi untuk peminjam, mereka juga masih berpeluang memperoleh pendapatan sebanyak RM5,000 selepas lima tahun.

Apa yang pasti, SARA 1Malaysiamemberi peluang golongan berpendapatan rendah untuk sama melabur dan menabung demi masa depan mereka dan paling penting ia menjanjikan pulangan bersih yang menarik.

Duit syiling baru diedar mulai 16 Januari 2012

Thursday, January 12, 2012 0 Komen

Duit syiling siri baru akan mula diedarkan Bank Negara Malaysia (BNM) mulai 16 Januari 2012.

Duit syiling baharu itu adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.

Duit syiling yang digunakan sekarang akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bertemakan 'Keunikan Malaysia', reka bentuk duit syiling siri baharu itu mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara.

Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Denominasi duit syiling siri baharu ini ialah lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dengan warna kuning dan perak bagi memudahkan orang ramai mengetahui denominasi yang berlainan.

Duit syiling baharu ini adalah lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

Reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Duit syiling baharu dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dan turut memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Duit syiling baru

Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah daripada jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03 - 2698 8044 sambungan 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

Juara Terbuka Korea milik Lee Chong Wei

Sunday, January 08, 2012 0 Komen

Pemain badminton negara, Lee Chong Wei dinobatkan sebagai juara kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selata menewaskan musuh utamanya, Lin Dan. Lee Chong Wei mengalahkan seteru utamanya yang juga juara Olimpik, Lin Dan, dari China dalam permainan rubber set, 12-21, 21-18 dan 21-13.


Juara Terbuka Korea merupakan kemenangan pertama Chong Wei ke atas jaguh China itu selepas kali terakhir melakukannya All England, Mac 2011.

"Syabas Datuk Lee Chong Wei!! Tahniah daripada saya dan isteri. Kami kini berada di Afrika Selatan dan baru mendapat berita ini,” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucap syabas atas kejayaan Lee Chong Wei melalui mesej twitter.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mahasiswa lepasan ijazah paling ramai

Friday, January 06, 2012 0 Komen

Setakat November 2011,Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi pusat pengajian tinggi dgn bilangan mahasiswa lepasan ijazah yang paling ramai di Malaysia.

10,888 mahasiswa lepasan ijazah dikeluarkan UTM. Menurut Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang, jumlah itu bersamaan dengan 46 peratus daripada bilangan keseluruhan mahasiswa yang mengikuti pengajian pelbagai peringkat di UTM dan ia menghampiri sasaran universiti untuk mengimbangi bilangan penuntut sarjana muda yang berjumlah 12,955 orang setakat ini.

Kedudukan UTM dalam senarai 200 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi berdasarkan penarafan oleh QS World University Rankings 2011 turut menyumbang kepada pertambahan bilangan mahasiswa dari luar negara.

UTM mempunyai seramai 3,439 mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) membabitkan 1,823 mahasiswa tempatan dan 1,616 antarabangsa manakala 7,449 mahasiswa sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana yang terdiri daripada 2,106 warga tempatan dan 5,343 antarabangsa.

Semua mahasiswa PhD mengikuti pengajian secara penyelidikan dan secara tidak langsung menyemarakkan lagi aktiviti berkenaan selaras dengan status UTM sebagai Universiti Penyelidikan.

Bagi mahasiswa sarjana, seramai 1,576 mengikuti pengajian secara penyelidikan, 4,655 kerja khusus dan 1,218 campuran penyelidikan dan kerja khusus.

Pertambahan jumlah mahasiswa lepasan ijazah mampu mengekalkan UTM sebagai universiti paling banyak mengeluarkan lulusan kejuruteraan dan teknologi di peringkat lepasan ijazah di negara ini dan ia kekal popular berbanding universiti penyelidikan lain di negara ini.

Langkah UTM memperkenalkan PhD Industri berjaya menarik ramai tenaga kerja profesional dari sektor industri untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di UTM. Seramai 57 kakitangan industri mengikuti program tersebut melalui pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertujuan melahirkan 500 tenaga kerja industri berkelulusan PhD menjelang 2015.

 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Jumlah berkenaan menjadikan UTM sebagai pusat pengajian tinggi paling banyak menerima biasiswa PhD Industri berbanding sebanyak 100 peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2011.

Antara syarikat yang menghantar pekerja menyertai program berkenaan ialah Proton Berhad, Motorola Solutions Malaysia Sdn. Bhd; Telekom Malaysia Berhad, TM R&D Sdn. Bhd; TM Applied Business Sdn. Bhd; UCSI and Aviation serta Optimal Olefins Sdn. Bhd.

Semoga UTM terus maju!

Nur Amalina Che Bakri tetap cemerlang walau difitnah

Wednesday, January 04, 2012 0 Komen

Nur Amalina Che Bakri, Pelajar Terbaik SPM 2004, telah memohon blogger supaya tak menyebarkan fitnah dan mengaibkan beliau kononnya sudah menjadi gadis liar dengan perbuatan tidak sopan. Amalina terkilan dengan tindakan menceroboh gambar peribadi miliknya di Facebook.

Nur Amalina Che Bakri

Nur Amalina menafikan dirinya mengalami culture shock ketika menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK), tegas Nur Amalina: "Jangan menilai seseorang daripada pandangan luaran sahaja."

Nur Amalina mengakui beliau terkilan apabila ada pihak memberi komen-komen yang melibatkan keluarganya.

"Bagi mereka (blogger) yang menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ia mengaibkan tambahan pula ia adalah gambar peribadi saya," tegasnya dalam reaksi pertama mengenai kontroversi diri beliau.

Ibunya Sabariah Hassan menyifatkan segala tuduhan liar terhadap Nur Amalina sebagai fitnah.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (UK), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

Berkongsi kisahnya, Nur Amalina juga mengakui sudah lali dengan perkara sebegitu kerana ini bukan pertama kali difitnah.

"Namun saya reda, sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup, tambahan pula ia adalah sesuatu yang tidak benar,” kata beliau.

Mengulas mengenai fesyen serta pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan ia melampaui batas.

“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.

“Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar,” katanya.

Jelasnya, walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya.

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil.

“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya,” katanya lagi.

Nur Amalina yang kini sedang menjalankan penyelidikan mengenai barah ovari dan payudara dan kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, apa yang berlaku ini akan saya jadikan iktibar dan tauladan untuk menjadi lebih baik.

Semoga Amalina kekal cemerlang dalam pelajaran dan dapat pulang ke Malaysia untuk berbakti kepada bidang perubatan negara.

Berhati-hati dengan panggilan palsu Bukit Aman

Wednesday, January 04, 2012 0 Komen

Ada individu atau sindiket tertentu yg mahu menipu orang ramai menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kononnya nak membantu mengurangkan kadar saman trafik. Oleh itu, polis dah keluar amaran kpd org ramai terutamanya yang mempunyai kes saman tertunggak utk tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian.

Cara penipuan ialah pemanggil akan memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik dengan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil.

Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, sejak akhir2 ini, polis menerima tak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444 dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia Berhad juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu.

Jadi, semua orang mestilah berhati-hati dengan panggilan sebegini. Langkah bijak jika menerima panggilan mendapatkan butiran pemanggil seperti meminta pemanggil memberikan nama, pangkat dan jawatan serta memberitahu akan memanggil semula si pemanggil menggunakan nombor yang tertera di skrin.

Jangan jadi mangsa penipuan pelbagai bentuk yg semakin menjadi2 sejak akhir2 ini.


Tip Berjimat Cermat Mengurangkan Belanja Beli Makanan

Monday, January 02, 2012 0 Komen

Dalam ekonomi yang tidak menentu, adalah lebih baik kita mengamalkan sikap berjimat cermat. Antara belanja yang tak dapat dielakkan ialah belanja untuk membeli makanan. Kita perlu makanan untuk melangsungkan kehidupan. Jadi, peruntukan wajib diketepikan hanya untuk membeli makanan. Sekiranya kita membeli belah makanan di pusat membeli belah, di sini ada beberapa tip yang boleh diguna pakai.

Tip Mengurangkan Belanja Membeli Makanan

1. Beli barang makanan secara pukal
Barangan yang boleh dibeli secara pukal ialah seperti gula, susu tin, sardin, malah barang bukan makanan juga dapat dibeli secara pukal supaya lebih jimat seperti tisu, axion dan sebagainya. Tetapi haruslah kita bijak memilih. Belilah barangan yang kita tahu dapat disimpan dengan jangkamasa yang lama dan mempunyai tawaran harga yang menarik jika dibeli secara pukal.

2. Gunakan kupon
Sesetengah pusat membeli-belah seperti Tesco menawarkan kupon bagi sesuatu produk atau promosi. Jangan malu-malu untuk menggunakannya. Lebih baik guna dari dibuang saja, bukan?

3. Jangan terlalu pentingkan jenama
Jika anda mahu membeli sesuatu produk, contohnya susu tin, jgn terlalu berkira tentang jenama tetapi belilah jenama yang menawarkan harga yang berpatutan dan selesa dengan bajet anda. Anda mempunyai pilihan.

4. Tanam sayur sendiri
Jika rumah anda mempunyai laman atau ruang untuk bercucuk tanam, lebih baik anda berjimat cermat dengan menanam sayuran sendiri seperti serai, cili, bawang (daun bawang), pokok kari (daun kari), pandan dan sebagainya. Bukan saja segar, anda juga dapat berjimat.

5. Refill air
Membeli air mineral sekali sekala boleh, tetapi jika setiap kali anda mahu minum di luar dan membeli air mineral di kedai, adalah tidak menjimatkan. Lebih jimat anda membawa botol air anda sendiri dari rumah.

6. Buat bekal sendiri
Jika anda mahu lebih berjimat, buatlah bekal anda sendiri dari rumah. Setiap kali waktu makan, anda tidak perlu keluar makan di kedai yang sudah tentunya adakalanya cekik darah!

Okay, selamat berjimat cermat!

Gambar sambutan Tahun Baru 2012 Australia yang mempesonakan

Sunday, January 01, 2012 0 Komen

Sambutan Tahun Baru 2012 di Sydney Harbour, Australia

Australia adalah salah satu negara di dunia yang paling awal menyambut Tahun Baru 2012. Fenomena ambang tahun baru 2012 amat menakjubkan di mana lebih 1.5 juta rakyat Australia berkumpul di Sydney Harbour bagi meraikan sambutan tahun baru.

Tema tahun baru Australia bagi tahun 2012 ialah "Time To Dream" bagi memberi harapan dan sinar baru bagi mereka yang mempunyai kenangan buruk tahun lalu. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu!

Saksikan pemandangan indah sambutan tahun baru di Sydney Harbour, Australia!

Time to Dream

Time to Dream

Time to Dream

Time to Dream

Cantik bukan! Semoga tahun baru 2012 ini lebih bermakna!

 

ZONFINITI