Berhati-hati dengan panggilan palsu Bukit Aman

Wednesday, January 04, 2012

Ada individu atau sindiket tertentu yg mahu menipu orang ramai menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kononnya nak membantu mengurangkan kadar saman trafik. Oleh itu, polis dah keluar amaran kpd org ramai terutamanya yang mempunyai kes saman tertunggak utk tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian.

Cara penipuan ialah pemanggil akan memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik dengan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil.

Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, sejak akhir2 ini, polis menerima tak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444 dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia Berhad juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu.

Jadi, semua orang mestilah berhati-hati dengan panggilan sebegini. Langkah bijak jika menerima panggilan mendapatkan butiran pemanggil seperti meminta pemanggil memberikan nama, pangkat dan jawatan serta memberitahu akan memanggil semula si pemanggil menggunakan nombor yang tertera di skrin.

Jangan jadi mangsa penipuan pelbagai bentuk yg semakin menjadi2 sejak akhir2 ini.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI