Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kumpulan Utusan buat julung-julung kalinya bekerjasama menganjurkan Expoconvo 2012 sempena Majlis Konvokesyen UMP ketujuh yang akan diadakan di kampus universiti itu di Gambang dan Pekan dekat sini, bermula Sabtu ini hingga 14 Oktober ini.
Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin (gambar) berkata, program terbesar yang pernah dianjurkan UMP itu disasarkan dikunjungi seramai 30,000 orang.
Dengan publisiti yang diberikan Kumpulan Utusan, saya berharap program ini mampu menarik lebih ramai pengunjung terutamanya penduduk di sekitar Pekan, Gambang dan Lepar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Yuserrie, pembukaan Expoconvo akan dimulakan dengan penganjuran Karnival Sukan Expoconvo yang berlangsung di UMP kampus Pekan pada Sabtu dan Ahad ini.
Katanya, aktiviti lain yang turut diadakan termasuk ceramah kerjaya, senamrobik, bual bicara, aktiviti kerohanian, pertunjukan seni mempertahankan diri dan gerai jualan.
Pengunjung juga katanya, akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Ainan Tasneem; Kumpulan Hijjaz, Khalifah; Nash; Rosma (AF1) dan Shuib Sepah.
Orang ramai turut berpeluang menyaksikan Cabaran Malaysia Book of Records Kayuhan 111 jam tanpa henti melibatkan seramai 111 mahasiswa UMP secara berganti-ganti," ujarnya.
Menurut Yuserrie, penganjuran Expoconvo kali ini diadakan secara gilang-gemilang bagi meraikan sambutan 10 tahun penubuhan UMP tahun ini.
Katanya, majlis perasmian Expoconvo akan diadakan pada 10 Oktober ini di UMP kampus Gambang di sini, oleh Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP.
Majlis Konvokesyen UMP pula jelas beliau, akan disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 13 dan 14 Oktober di Kompleks Sukan UMP.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Expoconvo 2012, Saiful Bahri Ahmad Bakarim berkata, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti berselawat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dan Kumpulan Al-Mawlid.