H1N1 kini ancaman serius

Saturday, August 08, 2009

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 15 sehingga hari ini dan banyak sekolah serta institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.

“Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di sini hari ini.

Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata, langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka.

“Dari segi kesihatan kebersihan, kita hendaklah selalu mencuci tangan. Sebelum saya masuk tadi, saya telah cuci tangan sebab saya telah bersalaman dengan begitu ramai orang.

“Kalau kita perlu memakai topeng, pakailah. Tidak ada apa-apa kerugian,” katanya. - Bernama.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI