Kajian terbaru mendedahkan amalan meminum teh hijau tidak mampu menghalang serangan kanser seperti yang didakwa sebelum ini.
Pengambilan teh hijau, menurut ketua kajian semula dari Complementary Methods di Kumpulan Penyelidik Onkologi di Nuremburg, Jerman, Katja Boehm, bukan jaminan ia akan menghalang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh pesakit.
Jelasnya lagi, enzim yang terdapat pada teh hijau masih memerlukan kajian mendalam bagi membuktikan kemampuannya menghalang kanser pankreas, kolon dan paru-paru.
EKSTRA: Kerak roti sebenarnya amat baik untuk kesihatan anda terutama dalam menentang kanser usus. Menurut sepasukan pengkaji dari Universiti Annamalai, India, hasil proses pembakaran roti tersebut mengandungi sejenis antioksida.
Teh hijau tidak halang kanser
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment