Profesor Dr. Umar Junus meninggal dunia

Wednesday, March 10, 2010

Bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) yang banyak menghasilkan beberapa buku ilmiah kesusasteraan, Profesor Dr. Umar Junus meninggal dunia akibat sesak nafas dan paru-paru berair malam tadi.

Allahyarham yang berusia 76 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini berikutan penyakit dialaminya sejak tiga tahun lalu.

Beliau yang mula membabitkan diri dalam bidang penulisan pernah menghasilkan buku-buku berbentuk ilmiah, antaranya bertajuk Perkembangan Puisi Melayu Moden, Sosiologi Sastera, Persoalan Teori dan Metode serta antologi esei Catatan Si Malin Kundang.

Menurut anaknya, Revina, 47, bapanya sempat meminta supaya dia menyiapkan manuskrip dalam bidang pendidikan yang sedang dihasilkan, selepas pemergiannya kelak.

“Beliau berpesan kepada saya, apabila manuskrip itu siap, ia perlu dicetak dan didermakan kepada mana-mana persatuan pendidikan,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Farina Salaha, 69, tiga orang anak dan tujuh cucu. - Utusan

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI