Nabil - Saya tak gentar sebab filem itu tak rugi

Thursday, March 04, 2010

“Saya belum terima surat saman yang dihantar SDAF Pictures (M) Sdn Bhd itu tapi saya tak gentar pun kalau mereka nak saman saya sebab filem itu bukan rugi pun,” kata Ahmad Nabil Ahmad.


Nabil, mengulas kenyataan pengarah filem Lu Pikirlah Sendiri, Aminah Raphor, 44, yang mengatakan pihaknya menerusi peguam sudah mengirim surat saman kepada beliau pada 24 Februari lalu. Nabil juga enggan komen lebih lanjut dan dia akan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya. Bagaimanapun kata Nabil, apabila ada pihak menyaman pihak lain, tentu mereka mahukan sesuatu seperti menuntut ganti rugi.

“Tetapi filem itu tidak rugi. Dia kata saya membuat kenyataan negatif mengenai filem itu, tetapi saya hanya meluahkan pendapat saja. Saya juga tidak pernah keluarkan kenyataan jangan pergi menonton filem itu. “Selepas tersiarnya cerita dalam akhbar yang saya mengkritik filem itu, Aminah kirim SMS kepada saya minta buat permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar dan saya sudah pun melakukannya. Saya masih simpan SMS itu. “Sekarang dia minta saya berjumpanya pula. Dia yang mengambil barang saya (pinjam tagline Lu Fikirlah Sendiri) dan berjanji macam-macam dengan saya jadi kenapa saya yang mesti pergi berjumpa dengannya. Ketika saya ditawarkan berlakon filem itu, tiada siapa yang memberi garis panduan dan nasihat kepada saya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI