Kesalahan yang mengenakan hukuman sebat dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah

Wednesday, March 03, 2010

Akta Kesalahan Jenayah Syariah

# Negeri Selangor (Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995) memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi bagi lapan kesalahan antaranya doktrin palsu, mencemarkan tempat ibadat, sumbang mahram, melacurkan diri dan bersetubuh luar nikah.

# Wilayah Persekutuan (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1997) mengenakan hukuman RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi terhadap kesalahan perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, liwat dan bersetubuh luar nikah.

# Kelantan (Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985) boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya dan sebatan tidak lebih enam kali bagi kesalahan berzina, liwat dan meminum minuman yang memabukkan.

# Perlis (Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991) memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi untuk kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI