Melatih anak kecil untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut memang penting untuk mencegah kerosakan.
Apatah lagi, kebersihan mulut adalah penyumbang penting untuk kesihatan keseluruhan.
Bermula sejak kecil, anak-anak boleh diajar untuk memberus gigi mereka sebagaimana mereka diajar untuk membasuh tangan dan muka.
Ibu bapa boleh menjadi contoh dengan memberus gigi bersama. Malah anak sekecil dua tahun pun boleh memegang berus gigi mereka sendiri.
Untuk menambah keseronokan, anda boleh mencipta lagu menarik yang mudah diingat ketika memberus gigi si kecil. Pastikan patah perkataan dalam lagu menggambarkan kawasan gigi yang diberus supaya si kecil itu mudah mengingatinya.
Malah apabila memberus gigi sendirian, dia tidak akan mudah lupa kawasan yang mahu diberus kerana mengingati lagu yang anda perkenalkan itu.
Jika dia belum pandai memberus gigi, beruslah giginya terlebih dulu sebelum anda memberus gigi anda. Tetapi jika dia sudah boleh memberus gigi sendiri, biarkan anak-anak memberus gigi mereka ketika anda memberus gigi anda.
Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti
Melatih Anak Memberus Gigi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment