Sinopsis Arca Cinta

Thursday, September 09, 2010

Sinopsis Arca Cinta

Tarikh siaran: 16 September

Waktu siaran: 12 tengah hari

Saluran: Prima (Astro 105)

Pelakon: Zamarul Hisham, Emelda, Almy Nadia dan Zach X-Factor.

PADA satu pagi sebelum bertolak ke sebuah majlis akad nikah, Nizam terkenang semula peristiwa sedih yang menimpa dirinya setahun yang lalu. Nizam dan Najwa telah berkahwin hampir 10 tahun dan telah mengenali satu sama lain hampir 30 tahun. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Emi.

Doktor memberitahu Najwa yang barah darahnya telah kembali dan sudah sampai ke peringkat progresif. Doktor menasihatinya supaya menjalani rawatan kemoterapi secepat mungkin. Najwa dan Nizam sukar menerima hakikat itu kerana mereka sangka Najwa sudah sembuh dari penyakit barahnya beberapa tahun dahulu.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI