Drama bersiri Bola Cinta mengetengahkan kisah cinta remaja dan sukan bola sepak menemui penonton TV2, jam 9 malam. Diarahkan Jo Yusof, siri 13 episod ini dilakonkan Shahz Jaszle, Memey Suhaiza, Ainul Aishah, Aidil Aziz, Rosnah Johari, Rahim Jailani dan Hafidzuddin Fazil.
Siri dalam bentuk definisi tinggi (HD) ini diterbitkan Natalia Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama Latin Media Corporation (Amerika Syarikat) dan Worldwide Rights Corporation Sdn Bhd.
Sinopsis Bola Cinta
Kisah bermula dengan seorang pemuda, Haziq (Shahz Jaszle), tersenarai sebagai pemain bola sepak yang bakal menandatangani kontrak dengan kelab profesional tempatan, Wira FC.
Satu hari, dia dicabar rakan yang baru dikenali dalam pasukan itu untuk mencium pipi gadis lincah, Fiza (Memey Suhaiza).
Dengan hati yang berat Haziq melakukannya. Fiza yang terkejut dengan perbuatan itu menampar mukanya sekuat hati.
Selepas insiden itu, rakannya membuka rahsia yang Fiza ialah anak pemilik Wira FC, Datuk Rahman (Hafidzuddin Fazil).
Menyedari kesilapannya, Haziq memohon Fiza tidak memberitahu kejadian itu kepada bapanya, yang pasti akan menutup peluangnya bermain bersama Wira FC. Kisah Haziq dan Fiza sampai ke telinga kekasih Fiza, Jamal (Aidil Aziz), yang juga kapten pasukan Wira FC. Haziq dibelasah Jamal sehingga terlantar di hospital.
Fiza yang kesal dengan insiden itu melawat Haziq di hospital untuk memohon maaf. Dalam diam Fiza jatuh hati pada Haziq.
Jurulatih pasukan, Bahar (Rahim Jailani), memberikan laporan cukup baik mengenai prestasi Haziq kepada Datuk Rahman. Yakin dengan kemampuannya, Haziq akhirnya terus bersama Wira FC. Anak perempuan Bahar, Reena (Ainul Aishah), sering mengikuti latihan di padang. Kehebatan Haziq yang sentiasa dipuji ayahnya menimbulkan perasaan cinta di hati Reena terhadap jejaka ini.
Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti
Sinopsis Bola Cinta, TV2, jam 9 malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment