Bonus Hari Raya Aidilfitri 2012 dibayar 9 Ogos

Saturday, July 28, 2012

Bonus Hari Raya Aidilfitri 2012 

Kerajaan akan membayar bonus setengah bulan gaji, dengan bayaran minimum 500 ringgit kepada penjawat awam, sempena Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas 500 ringgit, kepada pesara kerajaan. Kata Perdana Menteri, pemberian bonus dan bayaran khas itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Bayaran bonus akan dibuat 9 Ogos 2012.


Ia akan memanfaatkan 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan, dengan jumlah perbelanjaan 2.2 bilion ringgit. Ujar Datuk Seri Mohd Najib, langkah ini diharap dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut 1 Syawal.

Bagi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, CUEPACS, pemberian bonus itu dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam persiapan menyambut Aidilfitri.

"Bagi CUEPACS ini adalah satu penghargaan kepada kami dan kita berharap, walaupun setengah bulan bonus, ini adalah berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan, yang dapat bagi setengah bulan bonus ini, dengan minimum 500 ringgit, kepada pesara walaupun 500 ringgit, ini adalah saguhati yang paling baik, untuk pesara membuat persiapan, menjelang perayaan tidak berapa lama lagi".

 

ZONFINITI