Pertandingan Penulisan Marathon Cyberview-New Straits Times

Friday, July 06, 2012

Hadiah lumayan RM18,000 menunggu pemenang Pertandingan Penulisan Marathon Cyberview-New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) 2012.

Pertandingan tahunan kali kedua itu yang akan berakhir 2 September ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu A untuk pelajar sekolah menengah berusia 13 hingga 17 tahun dan B khusus bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 18 hingga 26 tahun di seluruh negara.

Pengurus Besar Cyberview Sdn Bhd (CSB), Hafidz Hashim, berkata pertandingan anjuran bersama NSTP itu bertujuan meningkatkan kreativiti dan inovasi idea dalam kalangan pelajar dan pada masa sama, menekankan kepentingan menguasai ilmu teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) kepada masa depan negara.

"Ia juga memberi peluang kepada peserta mengenali Cyberjaya selaku hab ICT negara dengan lebih dekat," katanya.

Syarat-syarat

Peserta perlu menulis karangan dalam bahasa Inggeris tidak melebihi 500 perkataan dan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan namun hanya layak memenangi satu hadiah.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.cyberview.com.my.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI