Mike Greenstein yang sudah berumur 91 boleh jadi merupakan warga emas terkuat di bandar raya ini.
Ini kerana bekas veteran Perang Dunia Kedua itu mampu menarik sebuah trak dengan hanya menggunakan giginya.
Ia memungkinkan warga emas itu mempunyai rahang dan leher terkuat di Amerika Syarikat (AS).
Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan AS pada 4 Julai, Greenstein yang juga digelar ramai sebagai Mighty Atom Jr membuktikan dia masih mempunyai gigi yang kuat dengan menarik sebuah kereta Buick miliknya di New York, dan ia disiarkan secara langsung oleh Fox News.
Pada percubaan pertamanya, Greenstein menggunakan pelapik pada giginya yang diletakkan pada rantai yang disambungkan dengan kereta seberat 1,723 kilogram itu, namun ia tidak bergerak.
Selepas itu, dia mengeluarkan pelapik berkenaan dari mulutnya lalu mengarahkan seorang lelaki yang berada di dalam kereta supaya melepaskan brek.
Greenstein yang meneruskan percubaannya itu akhirnya mula mengundur ke belakang beberapa tapak dan kereta berkenaan mula bergerak.
Pada usia 91, Greenstein mempunyai masalah bahu yang teruk dan tidak mempunyai banyak tenaga lagi namun giginya masih lagi kuat.
Dia akan memastikan giginya sentiasa digosok dengan menggunakan garam Kosher sebagaimana yang diajar mendiang bapanya. - AGENSI
0 Komen:
Post a Comment