Bubur Lambuk Agong Kg Baru
Bubur Lambuk Agong Kampung Baru hari ini diangkat sebagai ikon pelancongan sempena bulan Ramadan.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata Bubur Lambuk Agong itu merupakan 'signature dish' yang terkenal serta diiktiraf bukan sahaja penduduk Kampung Baru malah sekitar Lembah Klang.
"Seluruh pelosok Lembah Klang turut singgah ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk mendapatkannya selain untuk beribadah di masjid ini," katanya semasa berucap pada pelancaran Bazar Ramadan 2012 di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.
Sempena pelancaran bazar Ramadan itu, sebanyak 100 periuk bubur lambuk diagih kepada pengunjung.
Ng berkata, penganjuran bazar Ramadan dapat menjadi platform bagi Malaysia mempromosikan makanan dan minuman rakyat tempatan yang berbilang bangsa dan budaya kepada pelancong luar negara.
"Kita juga dapat memperkenalkan kekayaan budaya, gaya hidup serta warisan rakyat Malaysia serta berkongsi pengalaman menjalani bulan Ramadan di Malaysia," katanya.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan pengunjung agar tidak menganggap bazar Ramadan sebagai pesta makanan, sebaliknya mereka perlu berbelanja secara berhemah. - Bernama