Proses Evakuasi Rakyat Malaysia di Syria

Tuesday, July 24, 2012

Berikutan kenyataan akhbar oleh YB Menteri Luar Negeri pada 21 Julai 2012 berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia untuk memulakan proses evakuasi pelajar Malaysia dari Syria, kumpulan pertama pelajar seramai tujuh (7) orang akan berlepas dari Damsyik pada hari Selasa (24 Julai 2012), jam 1745 (waktu Damsyik) dan dijangka akan tiba di Malaysia pada hari Rabu (25 Julai 2012), jam 1455 (waktu Malaysia) melalui penerbangan EK346.



2. Manakala kumpulan kedua pelajar seramai 33 orang akan berlepas pada hari Rabu (25 Julai 2012), jam 1745 (waktu Damsyik) dan dijangka akan tiba di KLIA pada hari Khamis (26 Julai 2012), jam 1455 (waktu Malaysia) melalui penerbangan EK 346.

3. Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik sedang berusaha memastikan semua pelajar dapat dipindahkan dengan segera.

4. Bilik Operasi 24-jam Kementerian Luar Negeri boleh dihubungi di talian:

Telefon:

03-88892746

03-88874570

03-88874770

03-88892809

Telefon Bimbit

019 - 315 4080

019 - 341 4080

019 - 278 4556

~ TV3

 

ZONFINITI