UNIVERSITY of Southampthon menawarkan dua biasiswa utama, James Dyson Foundation dan Lloyd's Register Education Trust kepada pelajar Malaysia yang cemerlang untuk mengikuti program di kampus baru universiti itu di EduCity @ Iskandar Malaysia.
Biasiswa berkenaan untuk bidang kejuruteraan mekanikal.
Penawaran biasiswa itu dijangka memberi manfaat kepada pelajar negara ini yang layak, selain penghargaan ke atas pencapaian akademik mereka.
Biasiswa James Dyson Foundation dianugerahkan kepada pelajar yang mempamerkan kesungguhan dalam bidang kejuruteraan.
Dana itu sebahagian daripada ikrar yayasan berkenaan untuk membelanjakan RM4.9 juta dermasiswa di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat dan Asia dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pemberian biasiswa meliputi kos pengajian pelajar pada tahun ketiga dan keempat di UK bagi melengkapkan program Sarjana Kejuruteraan Mekanikal yang ditawarkan University of Southampthon.
Biasiswa Lloyd's Register Education Trust pula akan membiayai enam pelajar terpilih yang mengikuti program ijazah pertama selama empat tahun bermula sesi akademik 2013 hingga 2014 sebanyak RM1.2 juta.
Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan prestasi akademik masing-masing dan pembiayaan meliputi yuran tuisyen sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti berkenaan.
Selain biasiswa berkenaan, University of Southampton turut menawarkan biasiswa perdana RM4,000 kepada pelajar layak yang mendaftar pada tahun ini.
Anugerah biasiswa itu termasuk untuk 10 pelajar terbaik Malaysia yang bakal menerima biasiswa terbabit pada tahun pertama kemasukan.
Pengumuman itu dibuat Naib Canselornya, Prof Don Nutbeam ketika kunjungan ke Malaysia bersama Perdana Menteri Britain, David Cameron.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif University of Southampton Malaysia, Prof John McBride, berkata komitmen yayasan dalam menyediakan pembiayaan melancarkanusaha universiti menawarkan program Ijazah Kejuruteraan Mekanikal di Malaysia.
Katanya, sokongan berterusan kerajaan Malaysia turut membantu pihaknya mencapai matlamat menarik pelajar berkualiti tinggi dari Malaysia, Indonesia dan Asia Tenggara mengikuti pengajian di kampus baru di Educity.
Ini kali pertama program kejuruteraan mekanikal University of Southampton ditawarkan di luar UK dengan tempoh dua tahun pertama pengajian di kampus Malaysia manakala baki dua tahun lagi di UK.
Biasiswa University of Southampthon di Iskandar Malaysia
Entri Lain
Permalink: Biasiswa University of Southampthon di Iskandar Malaysia
Categories Pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment