Al-Fatihah Azah Aziz, Budayawan Negara (1928-2012)

Tuesday, July 10, 2012

Azah Aziz meninggal dunia kerana sakit tua
Azah Aziz (Sharifah Azah Mohamed Alsagoff)seorang budayawan negara meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi,9 Julai 2012. Azah Aziz merupakan isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Budayawan Azah Aziz

Menurut sahabat baiknya, Zubaidah Abdul Rahman, 71, Azah yang berusia 84 tahun meninggal dunia kerana sakit tua.

Katanya, Allahyarham telah diserang angin ahmar sejak beberapa bulan lalu dan sering berulang-alik ke sebuah hospital swasta di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Dia melayan saya bagaikan seorang anak dan sahabat. Allahyarham juga adalah mentor saya ketika zaman belajar di Universiti Malaya pada tahun 60-an dan seorang yang tidak kedekut ilmu malah sangat prihatin dengan kawan-kawannya.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat saya," katanya.

Zeti Akhtar merupakan anak tunggal beliau.

Al-Fatihah. Semoga roh beliau di cucuri rahmat,di ampunkan segala dosa dosanya dan di tempatkan di tempat tempat orang orang yang beriman.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI