Pian Cecupak cerita pengalaman melakukan suntikan kolagen pada punggung, kedua-dua pipi, dagu dan hidung
"Saat itu, saya berasa sakit yang tidak tertanggung. Bayangkan, saya dalam keadaan sedar ketika jarum ditusuk ke kulit.
"Sebelah punggung saja memerlukan kira-kira 380 batang jarum dan bayangkan saya suntik kedua-dua belah. Ini bermakna ada 760 batang jarum pada punggung," kata artis kontroversi, Pian Cecupak menceritakan kesakitan ditanggung ketika membuat suntikan kolagen pada punggung.
Selain punggung, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, turut melakukan suntikan kolagen pada kedua-dua pipi, dagu dan hidung dengan kos mencecah puluhan ribu ringgit.
"Saya mengaku membuat suntikan itu lapan tahun lalu. Namun, itulah kali pertama dan terakhir saya lakukannya. Disebabkan mahu kulit lebih mulus dan anjal di samping bentuk punggung menarik, saya tak fikir risiko yang bakal ditanggung," katanya .
Ditanya apa mendorongnya berbuat demikian, bapa kepada dua anak perempuan itu berkata, semuanya gara-gara tercabar dengan kata-kata rakannya yang mengejek dia 'tiada punggung'.
"Awalnya saya tak terfikir mahu membuat suntikan, tapi mungkin darah muda ketika itu. Saya terus ke klinik untuk mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu.
"Selepas berbincang, saya nekad membuat suntikan bukan saja di punggung, tapi seluruh wajah," katanya.
Selepas melakukan suntikan di bahagian itu, dia berasa lebih yakin dan tidak rendah diri lagi. Pada awalnya ia tidak memberi kesan kerana masih baru.
Pun begitu, selepas beberapa tahun, dia mengakui wujud rasa kurang selesa. Apatah lagi teguran dan pertanyaan anak mengenai suntikan itu membuatkan dia tidak keruan.
"Berasa tak sedap hati, saya berjumpa doktor dan bertanya kesan jangka panjang. Doktor menasihati saya membuang semula cecair kolagen itu kerana diragui keaslian dan kandungannya.
"Saya mengikut nasihat itu kerana tidak tahan dengan rasa tidak selesa itu," katanya yang menyesali tindakannya.
Selain punggung, Pian berkongsi pengalamannya menyuntik kolagen pada wajah supaya dijadikan iktibar.
Katanya, sepanjang mengambil suntikan, dia terpaksa berpantang beberapa perkara, antaranya tidak minum air panas kerana kolagen pada bibir belum meresap sepenuhnya pada kulit.
"Bahagian bibir saya disuntik lima jarum. Jadi bibir seakan-akan membengkak dan berat. Untuk tempoh 'berpantang', saya hanya boleh minum air sejuk.
"Saya akui kesannya hanya untuk jangka pendek, selepas itu memang menderita. Selepas 10 tahun, kita nampak sedikit demi sedikit perubahan pada bahagian disuntik," katanya yang menasihati orang ramai supaya beringat.
Pian berkata, suntikan itu menyebabkan mukanya kini keras akibat bahan kimia berlebihan pada kolagen yang disuntik.
Katanya, dia tidak pasti sama ada kolagen yang disuntik itu benar-benar asli atau tiruan, tetapi kini mengalami tekanan tahap kritikal hingga perlu berjumpa doktor.
"Saya tertekan akibat suntikan itu dikatakan boleh membawa kepada barah kulit. Sebab itu saya mahu membuangnya.
"Kini anak dan keluarga adalah kekuatan saya untuk terus hidup," katanya yang menggunakan pembedahan sebagai alternatif mengeluarkan cecair yang dimasukkan ke muka dan punggungnya.
~ Metro Ahad

0 Komen:
Post a Comment