Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) malam ini mencipta kejutan apabila Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai Juara Lagu.
Kemenangan lagu itu ternyata melenyapkan harapan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir yang disebut-sebut bakal mengungguli anugerah berprestij itu yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Kejayaan lagu tersebut melayakkan komposer dan penulis liriknya iaitu Taja Tass dan Lan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.
Hadiah utama disampaikan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bukan itu sahaja, lagu itu juga berjaya memenangi kategori pop rock yang membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
AJL23 turut memperlihatkan lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok, Ahmad Izham Omar dan Faizal Tahir dinobatkan sebagai juara kategori Balada serta berjaya membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Lebih manis lagi untuk Faizal apabila menerima dua lagi pengiktirafan iaitu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik menerusi lagu yang sama dan menyaksikannya membawa pulang wang tunai secara keseluruhannya berjumlah RM20,000.
Sementara itu, bagi kategori Etnik Kreatif pula, kemenangan berpihak pada lagu Persoalan Cinta nyanyian Farawahida dan melayakkan komposer dan penulis liriknya, Julfekar, Ku Seman dan Izza Rosley membawa pulang RM12,000 dan trofi.
Seramai lapan orang juri profesional mengadili anugerah berprestij itu iaitu Acis, Adibah Noor, Hazami, Dr. Wan Zawawi, Saharudin Musthafa, Mohariz Yaakup, Helen Yap dan Azmeer selaku ketua juri.
AJL23 bertemakan Iluminasi Muzik itu menampilkan tiga pengacara iaitu Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.
Anugerah Juara Lagu yang dianjurkan sejak tahun 1986 itu adalah acara tahunan untuk memberi pengiktirafan kepada para komposer dan penulis lirik tanah air.
Antara lagu lain yang bertanding adalah Dusta Berkalang nyayian Aiman, Doa Dalam Lagu (Zahid dan Heliza), Dingin (Ziana Zain), Cuba (Faizal Tahir), Bila Nak Saksi (Spider), Hanya Di Mercu (Ayu), Lagu Kita (Aizat), Yang Pernah (Estranged), Aku Stacy (Stacy), Kalis Rindu (Elyana) dan Bukan Di Sini (Sofaz).
Meet Uncle Hussain juarai AJL23
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Meet Uncle Hussain juarai AJL23
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment