Saya tidak cukup kacak untuk Zizie - Bung Moktar

Friday, December 18, 2009

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette.



"Saya tidak cukup kacak untuk beliau (Zizie)," kata wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di Bangunan Parlimen di sini.

Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang Ahli Parlimen dari Sabah baru-baru ini.


Sebelum itu, Bung Moktar telah berjanji untuk datang ke Bangunan Parlimen untuk berjumpa dengan beberapa wakil media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungan beliau dan Zizie.

Bagaimanapun, wakil media kemudiannya dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa beliau sibuk dan terpaksa menghadiri satu mesyuarat semalam.

"Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha," katanya dalam satu lagi SMS kepada media.

Ditanya sama ada beliau telah melamar Zizie menerusi SMS, Bung Moktar tidak membalasnya. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI