Liputan U Mobile lebih luas
Pelanggan rangkaian telekomunikasi mudah alih U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) kini mendapat liputan rangkaian yang lebih luas apabila syarikat itu menjalin kerjasama strategik dengan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) untuk inisiatif perayauan domestik.
Dengan kerjasama untuk tempoh tiga tahun itu, capaian pelanggan rangkaian menjadi lebih meluas kerana ia dijamin peralihan sempurna dari rangkaian U Mobile ke rangkaian 2G DiGi di seluruh negara.
Pengarah Eksekutif U Mobile, Kenneth Chang, berkata kerjasama itu akan menambah baik ruang liputan 3G U Mobile dengan penyediaan produk kompetitif kepada pelanggan di seluruh negara merangkumi perkhidmatan suara, SMS dan data.
"U Mobile sentiasa komited dan mensasarkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya.
Sementara itu, Ketua Eksekutif DiGi, Johan Dennelind, berkata rangkaian DiGi sudah terbukti berupaya menawarkan liputan berkualiti tinggi dan stabil. Hari ini DiGi menawarkan rangkaian terbaru iaitu Turbo 3G (berkelajuan sehingga 14.4Mbps HSPA) untuk melengkapi rangkaian 2G-nya.
"Menerusi kerjasama ini, kita akan memperluaskan rangkaian 2G untuk mencapai lebih ramai pelanggan telekomunikasi mudah alih dan Internet."
"Kami melihat potensi perniagaan secara pukal dan mengambil peluang tersedia itu, sekali gus akan meningkatkan prasarana sedia ada untuk memberi manfaat kepada pertambahan penggunaan dan kecekapan rangkaian yang mana ia sudah pasti akan menjana perolehan tambahan kepada syarikat," katanya lagi.
Oleh Husain Jahit
Liputan U Mobile lebih luas
Entri Lain
- ZTE lancar telefon pintar siri Blade terbaru, Blade S6
- 5 ramalan siber 2014
- 2,753 Laman Web Disekat Dalam Tempoh Januari-Oktober 2013
- Samsung NX, harga jualan RM4,199 seunit
- Media Prima pemilik aset media digital terbesar
- Permainan Amok (Terato) game buatan tempatan dikemas kini
- Apple iPhone 5S dan iPhone 5C diperkenal
- Telur ayam rendah kolesterol
- Video kini di Instagram
- Groupon lancar aplikasi percuma untuk iPad
Permalink: Liputan U Mobile lebih luas
Categories Teknologi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment