Drama Resepi Cinta TV2

Thursday, December 31, 2009

Setiap orang daripada kita pastinya memiliki azam dan impian yang ingin dicapai, apatah lagi ketika menjelangnya sambutan tahun baru. Pastinya semua orang mengimpikan kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya termasuk impian tiga anak muda yang mengisi plot drama bertajuk Resipi Cinta yang akan disiarkan menerusi TV2 pada 1 Januari ini jam 10 malam.

Drama yang bakal mengisi slot Citra terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd ini mempertaruhkan gandingan pelakon terkenal Fahrin Ahmad, Piere Andre dan Douglas Lim Yew Sim yang membawakan watak tiga pemuda yang tinggal di sebuah rumah walaupun masing-masing mempunyai latar belakang keluarga dan kerjaya yang berlainan.

Haikal adalah seorang tukang masak yang mudah jatuh cinta terhadap wanita yang ditemuinya. Dia ikhlas mencintai mereka dan mesti selalu di lamun cinta barulah dapat menghasilkan masakan yang enak dan lazat.

Sama ada wanita itu mencintainya atau tidak, ia tidak penting bagi Haikal. Jika moodnya tidak baik masakannya biasa saja dan yang boleh mengembalikan mood Haikal hanyalah perasaan cinta dan sayangnya pada wanita.

Dia tinggal berseorangan di rumah teres dua tingkat dan pada masa sama turut mengiklankan bilik untuk di sewa tetapi tiada seorang pun yang sesuai. Sehinggalah pada suatu hari muncul dua pemuda yang bakal menceriakan hidup Haikal hingga terjalinnya suatu ikatan persahabatan yang akrab antara Haikal si tukang masak, Khairul si pencinta seni dan Joshua seorang lulusan institusi pengajian tinggi.

Sukar untuk mempercayai yang Haikal, Khairul dan Joshua dapat hidup sebumbung. Khairul dengan khayalan dan dunia seninya, kadang-kadang suka menyendiri ketika menghasilkan karya dan kadang-kadang tak jemu mendendangkan lagu untuk persembahannya.

Itu saja kerja Khairul yang tidak suka mengemas, selalu kelihatan selekeh dan kurang berdisiplin. Ini melemaskan Haikal dan Joshua. Di mana saja Khairul duduk pastinya akan bersepah. Kalau ada temujanji pasti terlambat.

Bagi mengekalkan keharmonian, Haikal terpaksa menguatkuasakan peraturan di rumahnya. Pembahagian kerja perlu dilakukan. Haikal akan mengambil alih hal memasak, Joshua memastikan kekemasan rumah dan Khairul menghias rumah. Namun apakah kesudahan ketiga pemuda yang ingin mengejar impian mereka bagi tahun baru ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI