Selepas gempar dengan klip video seks tiga artis terkenal menerusi Internet sejak bulan lalu, Indonesia kini menjadi tumpuan jutaan peminat laman web sosial YouTube dari seluruh dunia gara-gara kemunculan klip Keong Racun.
Klip lagu dangdut lama itu telah dilayari lebih sejuta kali sejak disiarkan pada 18 Jun lalu selepas dinyanyikan semula secara mimik bibir selama 5 minit 14 saat oleh dua penuntut universiti swasta di sini, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah, kedua-duanya berusia 19 tahun.
Populariti klip itu turut mendapat liputan pelbagai akhbar di Britain dan laman Twitter apabila ia mengatasi angka capaian klip-klip lain dalam tempoh singkat termasuk filem box office Hollywood, Inception lakonan aktor Leonardo DiCaprio.
Malah, fenomena Keong Racun menaikkan semula nama Lissa, penyanyi asal lagu ciptaan komposer Subur Tahroni pada 2008, yang kini mendapat perhatian apabila sebahagian besar stesen radio tempatan kembali memutarkan semula lagu puisi itu.
"Keong bererti siput mengisahkan seorang lelaki mata keranjang yang mempermainkan cinta wanita. Saya berhasrat menemui dua pelajar itu kerana melariskan lagu ini sehingga rezeki saya bertambah baik," kata Lissa kepada wartawan. - Agensi
Klip Video Keong Racun fenomena Youtube
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Klip Video Keong Racun fenomena Youtube
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment