Peraturan Skim Wajib Tayang

Sunday, August 08, 2010

Peraturan Skim Wajib Tayang

Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Skim Wajib Tayang) 2005 berkuat kuasa pada 23 Jun 2005. Skim ini diwujudkan bertujuan untuk menerima dan mempertimbangkan mana-mana filem tempatan atau filem usaha sama untuk ditayangkan secara wajib di dewan wayang gambar oleh pempamer. Pempamer (pemilik panggung) hendaklah menayang filem yang diluluskan:

* Selama empat belas hari (14) berturut-turut; dan di dewan wayang gambar yang terbesar.

* Bagaimanapun, penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan gambar yang terbesar kepada dewan gambar yang lebih kecil jika:

- bilangan penonton adalah kurang daripada 30 peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut; atau

- bilangan penonton adalah tidak kurang daripada 15 peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas tiga hari pertama tayangan yang berturut-turut.

* Jika bilangan penonton kurang daripada 15 peratus, pempamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan.

* Pempamer hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada Jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut.

Permohonan /tatacara untuk kelulusan filem wajib tayang

Borang A: Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Finas empat (4) bulan sebelum tarikh yang dipohon (3 bulan bagi Pengeluar filem dan 1 bulan bagi pempamer).

* Salinan Lesen Pengeluaran Filem Finas.

* Salinan Sijil Penggambaran Filem (SPP).

* Salinan Sijil Kelulusan Filem yang diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

* Salinan filem bagi tujuan pratonton kepada Ahli Jawatankuasa Skim Wajib Tayang.

* Anggaran kos penerbitan filem.

* Senarai pawagam yang dipilih.

* Sinopsis filem.

* Senarai nama pelakon, pengarah, jurukamera dan penyunting filem.

* Poster filem.

Sumber: www.finas.gov.my



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI