Produser dan pelakon Rosyam Nor menjangkakan drama Trilogi Cinta yang akan disiarkan menerusi RTM1 pada November ini akan popular berdasarkan novel-vovel popular karya Sharifah Abu Salem.
Drama itu adalah hasil rangkuman tiga buah novel karya penulis berkenaan iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi yang mendapat sambutan ramai.
“Saya menjangkakan peminat novel-novel itu pasti akan menunggu untuk melihat karya berkenaan yang telah dihasilkan dalam bentuk drama. Tapi saya ingin ingatkan, kisah dalam drama ini tidak diambil seratus peratus seperti karya dalam novel tersebut,” katanya.
Ini kerana katanya jika mereka mengikut kesemua jalan cerita dalam novel itu, ia akan melibatkan kos penggambaran yang tinggi.
“Misalnya, kami tidak dapat mewujudkan i watak Razif yang digambarkan sangat kaya dan mempunyai pejabat di KLCC. Tetapi kami hanya mampu menunjukkan kekayaan itu menerusi rumah. Boleh dikatakan dalam 80 hingga 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut novel tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Mengikut jadual, drama itu akan disiarkan setiap dua episod seminggu di mana setiap episod mengambil masa selama 1 jam.
2 Komen:
bilakah drama ini akan disiarkan??
asyik tak ada je.... cerita trilogi cinta (dah 2 minggu dah) dari minggu lepas dan minggu ni 27/3/2011. Tunggu punya tunggu cerita lain yang ditayangkan frust betul....
Post a Comment