Ragam Manusia: AS$1 untuk cerita jenaka

Wednesday, September 07, 2011

Seorang mahasiswa yang menganggur, Jason Schneider memperoleh pendapatan dengan mengenakan bayaran cuma AS$1 (RM2.97) untuk setiap jenaka yang diceritakannya, lapor sebuah akhbar semalam.


Schneider yang mengadakan persembahan lawak di taman awam Central Park di sini memperoleh bayaran sekitar AS$140 (RM418) selepas beraksi buat kali pertama selama enam jam pada April lalu.

Pemuda berusia 26 tahun itu mendapat idea unik tersebut setelah dia gagal untuk memperoleh pekerjaan di beberapa studio perfileman dan saluran televisyen utama AS termasuk Time Warner serta HBO.

Dia yang berdiri di Central Park sambil memegang papan tanda yang mengandungi mesej yang menawarkan jaminan ketawa kepada orang ramai yang mendengar ceritanya.

“Mengapa ikan jerung adalah haiwan rasis,” dia bertanya kepada beberapa orang yang menyaksikan persembahannya baru-baru ini.

“Kerana cuma spesies jerung putih diberi gelaran Great (besar),” katanya.

Schneider akan memulangkan semula wang pelanggan sekiranya mereka mendapati lawaknya kurang memuaskan. – Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI