Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi tokoh penggerak industri permotoran Malaysia sehingga berjaya menghasilkan kereta nasional Proton sejak 1985 hingga kini, akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Penganugerahan akan disempurnakan Canselor UMP Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada majlis Konvokesyen Khas UMP pada 17 Mei ini, di UMP Kampus Gambang, di sini.
Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata anugerah itu sebagai menghargai jasa Dr Mahathir atas sumbangan dan usaha berterusan bekas perdana menteri itu dalam pembangunan industri automotif negara.
"Wawasan dan pandangan jauh beliau terhadap potensi besar industri automotif sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi menyaksikan ramai anak tempatan berkepakaran dan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan automotif," katanya.
Daing berkata kejuruteraan automotif merupakan antara bidang kebitaraan universiti itu, yang akan menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya tahun ini.
Sempena dengan majlis konvokesyen itu, beliau berkata UMP akan mengadakan pameran mengenai biodata Dr Mahathir, sumbangan beliau dalam pembangunan industri automotif negara dan penglibatan UMP dalam bidang automotif. - BERNAMA
Anugerah Tokoh Automotif Negara untuk Tun Mahathir
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Anugerah Tokoh Automotif Negara untuk Tun Mahathir
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment