Kampus Adelaide Carnegie Mellon University menawarkan empat separa biasiswa bernilai 50 peratus yuran tuisyen program sarjana kepada pelajar Malaysia.
Ia adalah di bawah program biasiswa Peringatan Rancangan Colombo Malaysia Australia (MACC) yang diterajui dan diselaraskan oleh Majlis Alumni Malaysia Australia dan disokong oleh Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur.
"Ini adalah peluang hebat bagi generasi muda Malaysia untuk belajar di sebuah universiti penyelidikan Amerika yang tersohor di peringkat antarabangsa," kata Darren Turner, Pengarah Pengurusan dan Pengambilan CMU di Adelaide, kepada Bernama.
Beliau berkata CMU memang bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia untuk menyediakan peluang-peluang pendidikan dan latihan bagi penjawat awam untuk mengikuti pengajian program ijazah sarjana di Australia.
Professor Terry F. Buss, Pengarah Eksekutif dan Pensyarah Dasar Awam CMU, baru-baru ini membentangkan kertas kerjanya pada seminar bertajuk "Pengurusan Perkhidmtan Awam dalam Persekitaran Berbilang Budaya" di Razak School of Government di Kuala Lumpur.
"Visi utama Razak School of Government ialah untuk diiktiraf sebagai institusi pennyelidikan dan latihan global dan perdana bagi kepimpinan sektor awam dalam penyampaian dasar dan perkhidmatan," kata CMU dalam satu kenyataan.
"Platform yang kami tawarkan bagi perkongsian pengetahuan dan interaksi intelek memupuk penjawat awam berprestasi tinggi yang diperlukan oleh Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020," kata CUM.
Sejak dibuka di Adelaide lima tahun lepas, CMU Adelaide mengambil seorang pelajar Malaysia -– Adilah Hudzari, dari Kerajaan Negeri Selangor, yang menamatkan pengajian dengan memperoleh ijazah Sarjana Sains Dasar Awam dan Pengurusan pada 2010. - BERNAMA
Universiti Carnegie Mellon, Adelaide tawar biasiswa utk pelajar Malaysia
Entri Lain
- Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT)
- STPM 2014: 390 calon dapat PNGK 4.00
- 'Dua Kuih, Satu Minuman' Peraturan Baru Mesyuarat Kementerian Pendidikan elak pembaziran
- Tarikh Lokasi Karnival Jom Masuk U 2015 (Jadual Karnival Pengajian Tinggi 2015 Malaysia)
- TalentCorp anjur pameran perkasa tenaga kerja muda
- Tiada larangan berbaju kurung bagi pelajar bukan Islam
- Nilai keputusan PT3 secara menyeluruh, boleh dijadikan panduan menentukan hala tuju pendidikan
- Pengumuman keputusan SPM 2014 diawalkan pada 3 Mac 2015
- Fakulti Rekaan Komunikasi Visual ASWARA
- Program khas KPJUC untuk lepasan SPM
Permalink: Universiti Carnegie Mellon, Adelaide tawar biasiswa utk pelajar Malaysia
Categories Pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment