FGVHB bakal jadi konglomerat komoditi terbesar dunia
Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perjanjian kerjasama strategik antara Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) dan Louis Dreyfus Commodities Asia Pte. Ltd. (LDCA) serta memorandum persefahaman (MoU) dengan Vitol Group akan menjadikan syarikat perladangan kelapa sawit itu muncul sebagai konglomerat komoditi antarabangsa terbesar di dunia.
Menurut beliau, sebahagian daripada strategi baru Felda berikutan dengan penyenaraian FGVHB ialah untuk menjadikannya sebagai syarikat komoditi terbesar daripada peringkat peladangan hingga pemasaran.
''Pasarannya di luar negara termasuk di Eropah, Asia Barat dan Rusia dan ini memerlukan kita menggabungjalinkan Felda dan FGVHB dengan syarikat komoditi yang mempunyai rangkaian dan mengetahui selok-belok penyenaraian komoditi.
''Saya yakin dan percaya dengan wujudnya kerjasama strategik ini Felda Global Ventures boleh muncul sebagai syarikat komoditi terbesar di dunia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Najib menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu yang turut dihadiri oleh Pengerusi Felda dan FGVHB, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGVHB, Datuk Sabri Ahmad, manakala Louis Dreyfus Holdings diwakili oleh Pengerusinya, Baroness Margarita Louis-Dreyfus, Presiden dan CEO Kumpuan Vitol, Ian Taylor.
Perjanjian FGVHB dengan Louis Dreyfus membabitkan kerjasama dalam urusan perladangan dan pemasaran iaitu FGVHB ialah sebagai pengeluar dan pemproses minyak mentah sawit (CPO) dan LDCA sebagai pengeluar minyak bertapis dan barangan pengguna.
Sementara itu, MoU antara FGVHB dan Kumpulan Vitol ialah perjanjian yang melibatkan kerjasama bagi membekal, perdagangan antarabangsa, operasi logistik dan pengurusan risiko.
FGVHB ialah syarikat langsung Felda yang terlibat dalam pertanian global dan komoditi yang beroperasi di 10 negara dan buat masa ini pengeluar minyak sawit ketiga terbesar di dunia. Ia menguruskan 343,521 hektar ladang kelapa sawit di Malaysia yang mengeluarkan 5.2 juta metrik tan kelapa sawit pada 2011.
Vitol pula yang ditubuhkan di Rotterdam, Belanda terbabit dalam pasaran tenaga dunia dan perdagangan komoditi. Ia juga ialah antara pengendali kapal tangki minyak dan minyak kelapa sawit terbesar di dunia.
FGVHB bakal konglomerat komoditi terbesar dunia
Entri Lain
- Berita: Caj telefon bimbit dijangka turun
- Malaysia Tuan Rumah Perhimpunan Agung ICAPP 2016
- Harga terkini petrol RON95, RON97, diesel naik 25 sen bermula 1 Mac 2015
- Keuntungan Petronas sebelum cukai RM77.7 bilion
- Dividen KWSP 6.75 peratus, pulangan terbaik
- Beza cukai perkhidmatan dan caj perkhidmatan
- Ops Kastam buru peniaga tak daftar GST bermula 1 Mac 2015
- Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) jadikan ASEAN kuasa besar ekonomi
- Bank Dunia: Kepelbagaian ekonomi Malaysia mampu tampung impak harga minyak
- Penggabungan tiga bank,CIMB, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) belum ada keputusan - Nazir Razak
Permalink: FGVHB bakal konglomerat komoditi terbesar dunia
Categories Ekonomi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment