Bolivia tawar rumah untuk pengantin baru

Tuesday, August 04, 2009

Presiden Bolivia, Evo Morales berjanji menghadiahkan rumah kepada pasangan baru kahwin, di bawah program kerajaan yang menghadapi pilihan raya umum Disember depan, lapor akhbar La Razon, kelmarin.

"Kepada setiap pasangan berkahwin, kerajaan hadiahkan sebuah rumah. Ia program kami dan kerajaan akan penuhi janji," kata Morales.

Pada satu majlis awam di bandar pengeluaran koko, Villa Tunari di tengah Bolivia, Morales mengingatkan penduduk bahawa kerajaan mengamalkan dasar sosial. � AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI