Celine Dion bakal timang cahaya mata ke-2

Thursday, August 20, 2009

Penyanyi terkenal, Celine Dion kini mengandung anak kedua, kata jurucakapnya.

Murielle Blondeau, jurucakap bersama biro de Francine Chaloult yang menguruskan penyanyi itu berkata, pasangan Dion dan suaminya, Rene Angelil mengetahui berita mengenai kehamilan itu selepas menjalani pemeriksaan di New York kelmarin.

Blondeua berkata, bayi yang memang diharapkan itu dijangka lahir pada Mei tahun depan. Anak pertama Dion, Rene-Charles telah mula masuk sekolah persendirian di Florida minggu ini. - AP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI