Peraduan Gerbang Cinta untuk bakal pengantin

Thursday, August 20, 2009


NOORAINEE merenjis pasangan mempelai sebagai tanda pelancaran peraduan
Gerbang Cinta Mega-Utusan di Serdang semalam.


SERDANG - Bakal pasangan pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan disaran merebut peluang untuk memenangi pakej perkahwinan lumayan dengan menyertai peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan anjuran akhbar Utusan Malaysia.

Peraduan julung kali diadakan itu bertujuan memberi peluang kepada pembaca setia akhbar itu khasnya yang ingin melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat memenangi hadiah lumayan.

Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak berkata, pembaca setia akhbar itu patut menyertai peraduan tersebut kerana ia bukan sahaja menawarkan hadiah menarik malah memupuk nilai kasih sayang sesama manusia.

"Kita tahu ramai pasangan yang bercinta ingin mendirikan rumah tangga dengan cepat tetapi perkara yang membantutkan hajat murni ini ialah kos perkahwinan yang terlalu tinggi.

"Maka peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan ini adalah peluang kepada mereka untuk merealisasikan impian yang mungkin tertangguh sebelum ini," katanya ketika melancarkan peraduan itu di sini semalam.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI