RapidKL jual pas bulanan “Rapidpass”

Thursday, August 20, 2009

19 Ogos — Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan menjual pas bulanan RapidPass dengan menawarkan 50 peratus diskaun mulai esok di 11 hab dan depot bas, serta di semua stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Aliran Kelana Jaya dan Ampang.

Kesemua lima kategori pas bulanan itu boleh didapati di kaunter tiket dan informasi bas Jalan Sultan Mohamed, tujuh hab bas iaitu di Jalan Chow kit, Jalan Silang, Titiwangsa, Maluri, Warta Lama, Putrajaya Sentral, dan hab bas KL Sentral, kata Pengurus Besar Komunikasi, RapidKL Ebi Azly Abdullah dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Manakala depot yang akan menjual RapidPass adalah Depot Pandan, Jalan Klang lama serta Jalan Chow Lin, katanya.

Lima kategori pas bulanan itu terdiri daripada RapidPass Bas Tempatan, RapidPass Bas Semua, RapidPass Integrasi Bas dan LRT serta RapidPass konsesi yang terhad untuk pelajar sekolah berpakaian seragam, warga emas 60 tahun ke atas dan Orang Kurang Upaya (OKU). - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI