Gabungan Memansuhkan ISA - Kuala Lumpur Hampir Lumpuh

Sunday, August 02, 2009

Warga kota termasuk pelancong akan mengingati semalam sebagai hari yang malang untuk berada di Kuala Lumpur apabila tindakan kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan teruk.

Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang sepatutnya menjadi kawasan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu.


Beberapa pengunjung bertempiaran lari bagi mengelak terperangkap dalam perhimpunan haram di Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam.


Pengurusan pusat membeli-belah Sogo pula terpaksa ditutup atas arahan polis pada pukul 1.30 petang ekoran keadaan yang tidak terkawal dan menyebabkan ramai pelanggan terperangkap di dalam bangunan tersebut.

Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain pancutan air.


PENGGUNA seperti di Jalan Loke Yew ini terpaksa menempuh kesesakan beberapa jam ekoran semua jalan masuk ke Kuala Lumpur ditutup gara-gara perhimpunan haram GMI semalam.


Akibatnya, hampir 600 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam perhimpunan anjuran Gabungan Memansuhkan ISA (GMI) itu yang didalangi parti pembangkang.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI