Malaysia pesan ubat antiviral H1N1 dari WHO

Sunday, August 02, 2009

Kerajaan akan memesan bekalan ubat antiviral 'Tamiflu' dan 'Relenza' daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak selesema babi atau H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 10 peratus simpanan stok antiviral ubat berkenaan buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang di sini semalam.

Katanya, kementerian juga turut menempah 200,000 dos vaksin H1N1 dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI