KEKUATAN LAWAN KECANTIKAN. Banyak tanggapan mengenai kereta yang dimiliki jantina berlainan. Namun, apa yang diinginkan golongan lelaki dan wanita dari kereta mereka?
Jika melihat kereta yang besar, 'garang', gagah dan dilengkapi kit aksesori berlebihan, 98 peratus pasti dipandu lelaki.
Adakah ini suatu tanggapan? Jadi, apa ciri-ciri sesebuah kereta yang membuatkan ia milik sesuatu jantina?
Lelaki membeli kereta kerana dorongan hati manakala wanita untuk menjadi lebih praktikal.
Wahai wanita, fahamilah kaum lelaki. Apa bezanya anda yang membeli kasut warna berlainan sedikit, tetapi rekaannya sama dengan kebanyakan kasut dalam almari anda?
Biarpun kedua-duanya bukan perbandingan setara, mari kita lihat cita rasa lelaki dan wanita dalam soal kenderaan.
Lelaki hendak dilihat dan didengari
Ya, segalanya mengenai kuasa. Lelaki adalah makhluk yang suka menunjuk-nunjuk dan kereta yang dipandu mereka ibarat simbol status.
Lebih besar, menonjol, bising, itulah yang terbaik. Jika tidak, masakan video klip di MTV sering memaparkan kereta besar dengan enjin besar, lengkap dengan aksesori diubah suai serta muzik yang membingitkan sehingga kedengaran ke luar tingkap? Tetapi, adakah ini tanggapan adil?
Golongan lelaki suka kereta berkuasa dan laju. Namun, perubahan masa menyaksikan versi mewah menonjol.
Lebih luar biasa, lebih bagus. Lelaki sukakan kereta yang tidak dimiliki orang lain atau tidak mampu dibeli.
Ia dianggap aksesori paling utama bagi mereka manakala wanita, perhiasan yang mahal dan beg tangan berjenama adalah aksesori. Akan tetapi anda tentunya tidak mengharapkan semua lelaki memakai rantai emas yang tebal?
"Gaya sangat penting bagi saya kerana ia seiring dengan imej. Kereta saya perlulah menggambarkan keunikan dan personaliti individualistik atau karakter saya kerana inilah diri saya," kata pereka hiasan dalaman, Cheong Wai Loong.
Wanita inginkan praktikaliti dan keselesaan
Anda boleh memanggil mereka membosankan dan tidak mencabar, tetapi kebanyakan wanita lebih praktikal dalam soal membeli kereta.
Mereka mudah melawan keinginan memiliki kereta bumbung terbuka yang seksi berbanding lelaki yang mahu kereta sport berprestasi tinggi.
Wanita mahukan sebuah kenderaan yang mampu dimiliki, mudah dipandu dan selamat, tetapi dengan sentuhan rekaan yang bergaya. Mereka tidak kisah dengan apa yang ada di dalam hud kereta asalkan suka dan selesa.
Kereta kompak menjadi kegemaran wanita kerana menjimat minyak dan mudah dikendalikan. Ia mudah dibawa bersiar-siar berbanding kereta sedan yang mewah dan panjang.
Praktikaliti adalah satu faktor penting kerana kebanyakan golongan ibu memilih memandu SUV atau MPV yang boleh memuatkan anak mereka ke bandar serta membawa barangan dapur.
Akhir sekali, dengan pendapatan lebih tinggi yang diterima wanita, ramai memilih menggabungkan gaya pada kenderaan mereka.
Mereka tidak gusar untuk membeli kereta sport yang seksi, hebat dan 'ganas' yang jelas dapat menggambarkan kebebasan mereka. Golongan wanita tertarik kepada kereta bumbung terbuka yang berkilat dan berpotongan halus.
"Jika mempunyai wang, saya teringin memiliki kereta sport bumbung terbuka yang seksi, tetapi sekarang memadai memiliki kereta 'boleh dipercayai' yang boleh membawa saya ke mana-mana tanpa berlaku kerosakan.
"Saya tidak kisah memandu SUV jika selamat," kata Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat swasta, Jean Ng, 31 tahun.
Bagi ahli perniagaan, Jasmin Melan, 45, fungsi, kebolehpercayaan dan keselamatan adalah penting
"Keperluan saya agak ringkas, cukup sebuah kereta kompak kerana saya masih bujang. Jika mahukan kereta berpersonaliti, saya akan mereka kereta sendiri," katanya.
Jadi, apa saja tanggapan yang kita berikan mengenai sesebuah kereta, keputusan muktamad bergantung kepada cita rasa, personaliti dan minat.
Jika anda keliru membuat pilihan, lawati www.campaignname.my untuk mendapatkan tip dan informasi. Seorang pengulas kereta bebas akan menjawab soalan anda.
Inisiatif ini dibawakan oleh Honda Malaysia. Anda boleh mendapatkan naskhah percuma tip membeli kereta jika mengunjungi ruang pameran Honda berhampiran.
Kereta dan jantina: Bagi lelaki ikut hati, Bagi wanita praktikaliti
Entri Lain
Permalink: Kereta dan jantina: Bagi lelaki ikut hati, Bagi wanita praktikaliti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment