Solat Subuh

Friday, July 31, 2009

“Waktu kecil-kecil dulu, kita kerap mendengar leteran ibu suruh bangun pagi dan bersolat Subuh. Kedinginan pagi mencengkam hingga ke tulang hitam, membuatkan mata berat dibuka Kalau bangun sekali pun, lama sekali duduk di birai katil. Kononnya nak buang kelat mengantuk. Menguap beberapa kali, akhirnya tertidur semula. Ibu menjerit lagi dari dapur. “Bangun cepat, Subuh dah
nak habis...!”

Kini apabila diri sendiri bergelar ibu atau bapa, baru kita tahu betapa sukarnya menggerakkan anak bangun Subuh. Jeritlah sampai keluar anak tekak, anak tetap pekakkan telinga. Jangan kata anak kecil liat bangun solat Subuh, orang dewasa pun ada yang tidak boleh bangun pagi, Melainkan jika kita tahu betapa solat Subuh itu mengundang banyak pahala dalam hidup, tentu kita tidak teragak-agak meninggalkan tilam empuk untuk bersolat Subuh.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa yang bermaksud :
“Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan kepada orang yang beriman.”

Daripada ayat di atas, sudah jelas lagi nyata kepada kita bahawa solat yang menjadi rukun Islam kedua itu wajib kepada umat Islam yang cukup syaratsyaratnya kecuali bagi mereka yang belum baligh, gila dan sebagainya. Keistimewaan solat ini adalah perintah secara langsung daripada Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Israk dan Mikraj, tidak seperti ibadah lain iaitu Nabi mendapat wahyu melalui Malaikat Jibril.

Solat ini ibu bagi segala ibadah dan kita seharusnya mempelajari cara solat yang betul supaya solat kita sempurna. Dengan itu, ia akan mencegah kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam Surah Al- Ankabut, ayat 45 yang bermaksud :

“Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.”

Ibu bapa memainkan peranan penting mengajar dan memastikan anak solat ketika kecil agar amalan ini diteruskan sampai bila-bila sebagai kewajipan sebagai orang Islam.

Firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 103, “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI