Bidaan dara seorang wanita yang berumur 28 tahun iaitu Evelyn Duenos dari Ecuador mencecah lebih £2 juta (RM11.72 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Duenos menjual dara itu dengan tujuan untuk mencari wang bagi membiayai rawatan perubatan ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer.
Gadis itu yang kini menetap di Valencia, Sepanyol akan menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membiayai pengajiannya dalam bidang perubatan.
Duenos akan menyiarkan dokumen perubatan bagi membuktikan dia masih dara.
Wanita itu berkata, pendapatannya sebagai seorang pembersih rumah di sini tidak dapat membantunya untuk menyimpan wang bagi membiayai rawatan ibunya.
Duenos memberitahu, dia membaca iklan beberapa gadis lain yang menawarkan dara menyebabkan dia mahu melakukan perbuatan sama.
"Ia bukannya keputusan yang mudah untuk dibuat kerana tidak terlintas dalam pemikiran bahawa saya akan bersama dengan orang yang tidak dikenali pada malam pertama saya," katanya.
Bagaimanapun, dia menolak satu bidaan yang mencecah lebih £2 juta kerana pembida tersebut mahu melakukan hubungan seks dengan kerap sedangkan daranya itu ditawarkan untuk satu malam sahaja. - Agensi
Bidaan dara Duenos lebih RM11 juta
Entri Lain
Permalink: Bidaan dara Duenos lebih RM11 juta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment