Kulit hitam bertukar menjadi putih

Sunday, July 26, 2009


Ketika berumur lima tahun, Luke Davis berharap kulitnya yang berwarna hitam akan menjadi putih namun impiannya itu akhirnya tercapai, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika usianya kini mencecah 44 tahun, lelaki berkenaan tidak ubah seperti lelaki kulit putih yang lain.

"Saya kini berkulit putih. Apabila anda terserempak dengan saya di khalayak awam, anda tidak akan terfikir yang lain kecuali saya ialah lelaki berkulit putih dalam usia pertengahan," katanya.

Menurutnya, perubahan tersebut memberikan kelebihan kepada dirinya selepas dia tidak lagi menjadi sasaran perkauman yang masih berlaku di Britain.

Ketika remaja, Davis menjalani satu ujian perubatan dan disahkan menghidap penyakit vitiligo atau sopak.

Penyakit tersebut menyebabkan warna kulitnya bertukar menjadi putih.

Beberapa doktor menyatakan penyakit itu masih tidak dapat diubati. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI