Seekor kucing menekan butang nombor 999 menyebabkan anggota-anggota polis bergegas ke rumah pemiliknya di East Preston, England, lapor sebuah akhbar semalam.
Anggota-anggota polis itu mendapati terdapat pasu pecah dalam rumah tersebut ketika memantaunya dari tingkap menyebabkan mereka bimbang jika perompak memasuki kediaman pemilik kucing berkenaan.
Tanpa membuang masa, anggota polis itu memecahkan pintu tetapi mereka gagal menemui pencuri.
Menurut pemilik kuicng itu, Lauren O'Shea: "Seorang rakan menghubungi saya selepas menyaksikan berlaku sesuatu di flat saya.
"Saya bergegas pulang dan anggota polis memberitahu bahawa mereka menyangka berlaku satu rompakan."
Menurutnya, dia kemudian memberitahu bahawa kucingnya mungkin menghubungi talian kecemasan kerana haiwan itu suka bermain dengan telefon bimbit. - Agensi
Kucing hubungi talian kecemasan
Entri Lain
Permalink: Kucing hubungi talian kecemasan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment