Perompak rumah Mawi mati ditembak polis

Saturday, July 25, 2009

Dua perompak dipercayai warga Indonesia ditembak mati selepas merompak rumah penyanyi terkenal, Mawi di Felda Taib Andak, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, polis yang mendapat maklumat mengenai cubaan merompak rumah Asmawa Ani milik Mawi itu, kira-kira jam 4 pagi, bertindak mengejar empat perompak terbabit yang melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit berhampiran.

Kumpulan perompak itu kemudian cuba menyerang polis menggunakan parang menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan mengakibatkan dua terbunuh manakala dua lagi berjaya melarikan diri.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI