Ibadat Umrah

Friday, July 31, 2009

Definisi Umrah
Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Hukum Dan Dalil Wajib Umrah
Ibadat umrah merupakan salah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukalaf. Hukumnya wajib sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya.

Firman Allah:
"Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah."

Kelebihan Menunaikan Umrah

1. Mendapat Ganjaran Pengampunan Dosa
Sabda Rasulullah: "Di antara satu umrah ke satu umrah yang lain adalah penghapus dosa. Antara keduanya dan tiada balasan bagi haji mabrur melainkan syurga."

Riwayat Bukhari dan Muslim.

2. Menjadi Tetamu Agung Kepada Allah
Sabda Rasulullah s.a.w : "Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya, nescaya Allah perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunanNya nescaya Allah ampunkan mereka."
Riwayat al-Nasa'iy dan Ibnu Majah.

Adab Sebelum Dan Selepas Menunaikan Umrah

Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci
1. Niat dengan penuh ikhlas hendak ke Tanah Suci semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah.
2. Mempelajari cara-cara pelaksanaan ibadah umrah dengan sempurna.
3. Perbanyakkan taubat sebelum ke Tanah Suci.
4. Bersihkkan harta daripada perkara yang shubhah dan haram.
5. Tinggalkan perkara-perkara maksiat dan melalaikan.
6. Perbanyakkan istghfar dan memohon keredhaan Allah.
7. Memohon maaf dan keredaan semua orang termasuk ibu, bapa, suami dan sanak saudara.
8. Berpesan kepada anak-anak dan kaum keluarga agar sentiasa bertakwa kepada Allah.
9. Menyelesaikan segala hak Allah dan hak manusia yang masih tertanggung pada dirinya.
10. Memilih kawan yang salih dan amanah sebagai teman.
11. Menunaikan solat sunat musafir sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Ketika Berada Di Tanah Suci
1. Menunjukkan akhlak yang mulia.
2. Menyedari dirinya sedang menjadi tetamu agung kepada Allah.
3. Menyedari perjalanan haji adalah perjalanan ibadah bukan-nya makan angin.
4. Bersyukur dan reda dengan apa yang disediakan oleh Amirul Haj (Kerajaan Arab Saudi).
5. Menjauhi percakapan dan perbuatan keji serta sia-sia.
6. Elakkan sikap sombong dan takbur.
7. Bersyukur dan mengambil iktibar daripada kekurangan jemaah megara lain semasa di Tanah suci.
8. Elakkan pertengkaran.
9. Perbanyakkan ibadat seperti membaca al-Quran, iktikaf, doa, taubar dan istighfar kepada Allah.
10. Hidupkan semangat tolong menolong dan bekerjasama.


Sumber: Digi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI