Deejay kelab malam ditahan sembunyi dadah dalam seluar dalam

Friday, July 24, 2009

Seorang deejay kelab malam sanggup menyorokkan satu bungkusan dadah jenis ketamin dalam seluar dalamnya bagi mengelak ditahan polis.

Bagaimanapun, taktik lelaki itu tidak berjaya apabila dia ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Deejay terbabit ditahan dalam serbuan polis ke sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara pada pukul 4 pagi.

Ketua JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, dalam serbuan itu, polis menahan seorang pereka laman web dalam sebuah bilik di hotel itu.

"Polis yang memeriksa lelaki terbabit menjumpai 24 biji pil ekstasi serta tiga peket serbuk dipercayai dadah jenis ekstasi, syabu dan ketamin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI