Penggiat seni terkemuka, Yasmin Ahmad kini dalam keadaan koma di Hospital Pakar Damansara dipercayai diserang angin ahmar.
Sebelum itu beliau menghadiri mesyuarat di TV3 bersama beberapa cendekiawan lain termasuk Datuk Siti Nurhaliza, tiba-tiba jatuh dan terus tidak sedarkan diri.
Yasmin diberi rawatan kecemasan oleh doktor tempatan TV3 sebelum dibawa dengan ambulan ke pusat perubatan terbabit.
---------------
Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang pengsan ketika sedang membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3, hari ini menjalani pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara dan keadaannya kini stabil.
Adik ipar Yasmin, Datuk Dr Zakaria Zahari berkata pengarah itu mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.
"Jantungnya disokong oleh ubat-ubatan bagi mengawal tekanan darah... tempoh beberapa jam akan datang amat penting bagi kami, tapi beliau kini dalam keadaan stabil sungguhpun masih belum sedar," katanya.
Sehingga kini hospital pakar itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keadaan terkini pengarah filem "Sepet" yang pernah mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara.
Sementara itu penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang turut berada bersama Yasmin pada pembentangan kertas kerja itu, berkata Yasmin mengadu sakit selepas 15 minit membentangkan kertas kerja berkenaan.
"Beliau membentangkan kertas kerja tersebut pada pukul 3 petang dan 15 minit kemudian Yasmin mengadu beliau tidak sedap badan dan dia duduk sambil meletakkan kepala di atas meja.
"Selepas lima saat, kami cuba menyedarkan beliau selepas melihat Yasmin sukar bernafas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital pakar tersebut.
Siti berkata selepas Yasmin dibaringkan, salah seorang pekerja TV3 kemudian menghubungi doktor panel TV3 yang memberikan rawatan awal kepada Yasmin. - Bernama
Yasmin Ahmad koma
Entri Lain
Permalink: Yasmin Ahmad koma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment